Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nabil Nabilah bagi murid tadika dilancar; mula diagihkan ke prasekolah jelang Okt 2021

Menteri Kedua Pendidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) Dr Mohamed Maliki Osman melancarkan siri buku bahasa Melayu Nabil Nabilah bagi murid Tadika 1 dan 2 secara maya pada Rabu (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Kedua Pendidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) Dr Mohamed Maliki Osman melancarkan siri buku bahasa Melayu Nabil Nabilah bagi murid Tadika 1 dan 2 secara maya pada Rabu (22 Sep).

Pusat-pusat prasekolah yang menawarkan pembelajaran Bahasa Melayu akan menerima penerbitan terbaru itu menjelang Oktober 2021.

Demikian menurut kenyataan bersama oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan MLLPC hari ini.

Penerbitan terbaru bagi kanak-kanak tadika ini ditulis oleh sekumpulan guru prasekolah Bahasa Melayu yang mengarang kisah-kisah berdasarkan konteks tempatan termasuk aspek-aspek budaya Melayu dan cerita rakyat.

Sebanyak 20 buku cerita dikarang dengan 10 tajuk bagi setiap peringkat tadika.

Secara keseluruhannya, siri buku Nabil Nabilah kini mempunyai 62 buku cerita bagi murid-murid dari peringkat tadika hingga Darjah 6.

Siri buku cerita itu juga disediakan dalam bentuk digital dan boleh diakses online melalui laman www.mllpc.sg.

Ibu bapa juga memanfaatkan kertas kerja yang disediakan MLLPC online sebagai bahan pembelajaran tambahan dalam usaha mengukuhkan pembelajaran bahasa di rumah.

Siri buku Nabil Nabilah pertama kali diperkenalkan untuk murid Darjah 1 dan 2 pada 2015 untuk menggalak minat membaca di peringkat awal lagi dengan menyediakan bahan bacaan konteks Singapura.

Ia kemudian dilanjutkan kepada murid Darjah 3 dan 4 pada 2018 dengan rancangan untuk diluas guna kepada murid tadika, Darjah 5 dan 6 diumumkan pada 2019.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan