MyRepublic siasat gangguan rangkaian mudah alih
Syarikat telko Singapura MyRepublic menyatakan bahawa pihaknya menyedari isu ketersambungan rangkaian mudah alih yang menjejas beberapa pelanggan pada Rabu (31 Mac) pagi.
(Gambar: Facebook/MyRepublic)
SINGAPURA: Syarikat telko Singapura MyRepublic menyatakan bahawa pihaknya menyedari isu ketersambungan rangkaian mudah alih yang menjejas beberapa pelanggan pada Rabu (31 Mac) pagi.
"Pasukan rangkaian kami sedang menyiasat dan kami akan berkongsi kemas kini situasi itu apabila kami mempunyai lebih maklumat," menurut syarikat itu di laman Facebooknya pada sekitar pukul 8.45 pagi.
Para pelanggan telko itu mula melaporkan gangguan rangkaian pada sekitar 7.00 pagi, menurut laman pemantau Downdetector. Pada kemuncaknya, sekitar 600 laporan dibuat.
Ramai pelanggan meninggalkan komen di laman Facebook MyRepublic dan Twitter telko itu yang meluahkan kekecewaan serta meminta sokongan teknikal.
"Tiga rangkaian mudah alih saya, semua terjejas. Dan satu daripadanya, isteri saya gunakan untuk kerja. Ini amat mengecewakan," tulis Encik David Cheng di Twitter.
Beberapa pelanggan, yang mendedahkan lokasi mereka di pelbagai kawasan Singapura berkata bahawa mereka menyedari rangkaian mudah alih MyRepublic mengalami gangguan sejak 7.00 pagi.
Sebahagiannya berkata bahawa gangguan itu bermula lebih awal, dengan seorang berkata tiada khidmat tersedia sejak Selasa malam.
Jalur lebar dan khidmat pesanan suara MyRepublic tidak terjejas, menurut laman status rangkaian telko itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.