Skip to main content

Singapura

MyRepublic lancarkan 3 pelan telefon bimbit

Penyedia khidmat Internet, MyRepublic, mendedahkan khidmat mudah alih komersialnya yang pertama bagi pasaran Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jun 2018 09:13PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 10:27PM

SINGAPURA: Penyedia khidmat Internet, MyRepublic, mendedahkan khidmat mudah alih komersialnya yang pertama bagi pasaran Singapura.

Ia disifatkan sebagai khidmat yang mudah dan bebas daripada sebarang kebimbangan bagi para pelanggannya.

Syarikat Internet itu berkongsi tiga pelan yang diumumkan dalam sidang media hari ini.

Tiga pelan itu ialah Smart, Mega dan Xtra dengan masing-masing berharga $35, $55 dan $85 sebulan untuk khidmat data 7GB, 12GB dan 25GB.

Pelan 25GB untuk para pelanggan pelan Xtra juga termasuk 2GB data untuk penggunaan luar negara bagi tujuh pasaran khususnya, Malaysia, Indonesia, Jepun, Thailand, Hong Kong, Filipina dan Taiwan.

Bagi menarik para pelanggan jalur lebar sedia adanya untuk menyertai insentif yang disediakan, MyRepublic akan menawarkan 3GB lebih data bagi pelan Smart manakala 8GB bagi pelan Mega serta Xtra.

Semua pelan mudah alih akan disertakan ciri-ciri penggunaan data tanpa batas yang tidak akan mengenakan sebarang denda atau bayaran tambahan kepada pelanggan jika mereka menggunakan data melebihi had.

Sebaliknya, kadar kelajuan untuk melayari Internet akan diturunkan.

Menerusi aplikasi mudah alih MyRepublic, para pengguna dapat membuat tempahan pelan mudah alih seperti mendaftar untuk data lebih tinggi atau pakej penggunaan data luar negara ketika dalam penerbangan serta menjejak penggunaan data mereka.

Aplikasi itu boleh didapati di kedua-dua alat mudah alih iOS dan Android.

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita