Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

My First Skool tawar yuran lebih dimampui bagi keluarga berpendapatan rendah

Pengendali pusat prasekolah kedua terbesar di negara ini akan menyediakan lebih banyak bantuan dan sokongan kepada keluarga-keluarga kurang bernasib baik yang mempunyai anak kecil.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Sep 2019 07:23PM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 09:38PM

SINGAPURA: Pengendali pusat prasekolah kedua terbesar di negara ini akan menyediakan lebih banyak bantuan dan sokongan kepada keluarga-keluarga kurang bernasib baik yang mempunyai anak kecil.

Pusat prasekolah My First Skool milik NTUC First Campus akan menjadikan yurannya lebih berada dalam kemampuan golongan itu dan dalam kes-kes tertentu keluarga yang berkenaan mungkin tidak perlu membayar yuran.

My First Skool akan menaikkan had pendapatan bagi skim sokongan kewangannya bagi tahun depan dan mengumumkan satu kerjasama dengan Bank OCBC bernilai $1 juta.

Inisiatif itu akan memberi manfaat kepada lebih 10,000 kanak-kanak bagi tempoh lima tahun akan datang.

Sekiranya pendapatan keluarga itu tidak melebihi $4,500 sebulan, mereka boleh mendapatkan Khidmat Sokongan Kanak-Kanak prasekolah dan diberi keutamaan dalam pendaftaran.

Had pendapatan keluarga itu dinaikkan $1,000 berbanding jumlahnya sekarang.

Perubahan itu bermakna lebih banyak keluarga layak mendapat bantuan dan sokongan seperti pakaian seragam sekolah percuma, bengkel keibubapaan dan bahkan kek hari lahir di dalam kelas.

Dana berjumlah $8.6 juta akan diperuntukkan tahun depan iaitu kenaikan sebanyak 26% berbanding tahun ini.

Selain itu, Bank OCBC akan menyumbang $1 juta bagi tempoh lima tahun akan datang.

Wang itu bagi membantu sebahagian daripada anak-anak daripada ibu bapa yang menjadi anggota kesatuan sekerja.

Anak-anak mereka akan menerima tokokan $400 dalam Akaun Pembangunan Kanak-Kanak (CDA).

Pemerintah akan memadankan setiap nilai tokokan itu sekaligus membuat para keluarga mendapat $800 sama seperti yuran dua tahun pendidikan prasekolah.

OCBC menjangkakan program tersebut boleh membantu 500 kanak-kanak setahun.

Bank itu juga akan menganjurkan bengkel setiap empat bulan untuk membantu ibu bapa mengurus kewangan keluarga mereka dengan lebih baik.  

Sumber : CNA/RU/HA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan