Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

My First Skool bakal buka 3 pusat tajaka gergasi jelang 2021

Tiga lagi pusat tajaka yang lebih besar, untuk menampung sehingga 2,000 kanak-kanak, akan dibuka di Punggol dan Sengkang dalam masa dua tahun dari sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2019 08:38PM Dikemas Kini : 23 May 2019 09:07PM

SINGAPURA: Tiga lagi pusat tajaka yang lebih besar, untuk menampung sehingga 2,000 kanak-kanak, akan dibuka di Punggol dan Sengkang dalam masa dua tahun dari sekarang.

NTUC First Campus's My First Skool mengumumkan demikian semasa pembukaan pusat jagaan "My First Skool Early Years Centre" di Punggol pagi tadi (23 Mei).

Kemudahan seluas 8,700 meter persegi tersebut sudahpun mula beroperasi sejak Mei tahun lalu dan boleh menampung 1,065 pelajar.

Ia merupakan sebahagian daripada rancangan untuk memenuhi permintaan yang kian bertambah bagi pusat jagaan kanak-kanak.

Pusat jagaan 'My First Skool Early Years Centre' di Punggol. 

'Early Years Centre' yang dikhususkan buat kanak-kanak berusia dua bulan hingga empat tahun mempunyai 110 tenaga pengajar dan lebih 600 kanak-kanak.

Pusat tersebut dijangka mencapai kepadatan penuh seramai 1,065 kanak-kanak menjelang pertengahan tahun depan.

Meskipun bersaiz besar, ia boleh mengawal penularan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) baru-baru ini.


"Kami juga bekerjasama dengan ibu bapa supaya ada pendidikan keibubapaan yang kuat dan sekiranya berlaku sebarang kes di pusat ini, kami tahu tentangnya dan kami dapat membendungnya secepat mungkin.

"Kami juga boleh mendapatkan kanak-kanak lain untuk bergerak ke tempat yang lebih selamat untuk kami boleh melakukan proses sanitasi dengan cepat juga," terang Ketua Pengurus My First Skool, Thian Ai Ling.

'Early Years Centre' juga dilengkapi sebuah dapur komersil bagi menyiapkan jamuan berskala besar. Peralatan automatik turut disediakan untuk membantu proses membasuh pinggan mangkuk dan sudu garfu.

Ketua cef dan lapan kakitangan dapur sudahpun mengikuti kursus makanan dan kebersihan bagi memastikan jamuan disediakan adalah selamat lagi berkhasiat.

Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng, yang turut hadir ke majlis pembukaan pusat baru itu berkata: "Bagi My First Skool, kami mahu menyediakan keluarga Singapura dengan pusat jagaan kanak-kanak yang mudah diakses dan dimampui - bagi memastikan semua anak-anak kami mempunyai permulaan baik dalam kehidupan."

Pusat jagaan 'My First Skool Early Years Centre' di Punggol. 

Kini, terdapat 141 pusat jagaan My First Skool dan peluasan rangkaiannya adalah sejajar dengan pelan pemerintah untuk mewujudkan 200,000 tempat jagaan kanak-kanak menjelang 2023.  

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan