Muzium Tamadun Asia di SG antara tumpuan pasukan Kemboja cari artifek hilang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Muzium British - The Trustees of the British Museum)
SINGAPURA: Sebuah pasukan Kemboja yang dalam misi mendapatkan kembali barangan antik yang dikatakan hilang dari negara itu mengalihkan tumpuannya ke rantau ini.
Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan dijadualkan dalam jelajahnya ke merata dunia selepas pasukan Kemboja itu menamatkan misi ke United Kingdom untuk meneliti lebih 100 barangan antik, sebahagiannya artifek yang dipercayai dicuri dari negara tersebut.
Anggota pasukan itu termasuk pegawai pemerintah, ahli arkeologi, sejarawan dan pakar pemuliharaan memberitahu Mediacorp pada Selasa (18 Okt) bahawa mereka berharap dapat mengadakan perbincangan terbuka dengan Muzium Tamadun Asia (ACM) di Singapura tidak lama lagi tetapi tidak memberikan tarikhnya.
ACM pada Ogos menegaskan artifak Nepal yang didakwa dicuri diperoleh melalui prosedur yang ditetapkan.

Jabatan Arkeologi Nepal memberitahu Mediacorp pihaknya sedang menyediakan laporan untuk cuba memulakan proses diplomatik bagi mendapatkan kembali artifak berkenaan.
Pasukan Kemboja itu berminat untuk melihat koleksi Kemboja di ACM yang menurut portal warisan online roots.sg mengandungi 136 artifek.
"Kami mengambil pendirian bahawa semua muzium tidak mungkin mempunyai sebarang dokumen lesen eksport yang betul dan kebanyakan daripadanya mempunyai barangan antik yang dicuri," kata ketua pasukan dan penasihat undang-undang, Bradley Gordon.
"Ada banyak ruang untuk berkerjasama dengan Singapura.. Saya lihat ACM sebagai rakan baik dalam hal ini. Jadi, saya rasa kami harus adakan perbincangan itu."
ROMPAKAN BESAR-BESARAN
Muzium, rumah lelongan dan pengumpul artifek privet sedang berdepan dengan gesaan semakin lantang untuk memulangkan artifak berharga kepada negara-negara Asia dan Afrika yang didakwa dicuri atau diperolehi secara tidak etika dari negara-negara tersebut.
Pada 30 September, Menteri Kebudayaan dari 150 negara di satu sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan komitmen mereka untuk meningkatkan usaha bagi mengembalikan khazanah sejarah ke negara asal masing-masing.
Tapak arkeologi di Kemboja khususnya termasuk Koh Ker selaku ibu kota empayar Khmer purba, pernah berdepan rompakan yang berleluasa sewaktu konflik sivil antara 1960-han dan 1990-han.
Ia merupakan "rompakan besar-besaran" melibatkan ahli akademik dan dalam beberapa kes kurator muzium di merata dunia, kata Encik Gordon.
Pada Ogos, Amerika Syarikat menyatakan akan memulangkan 30 barang antik yang dicuri kepada Kemboja termasuk patung Buddha dan dewa Hindu yang diukir lebih 1,000 tahun lalu.
MISI DI BRITAIN
Tahun ini, Kemboja juga membuat rayuan kepada kerajaan UK untuk membantu memulangkan apa yang disifatkannya sebagai khazanah budaya penting di institusi seperti Muzium Victoria dan Albert dan Muzium British di London.
Kedua-dua muzium itu serta Muzium Ashmolean di Oxford dan Muzium Fitzwilliam di Cambridge menerima kunjungan pasukan dari Kemboja itu dari September hingga Oktober.
Pasukan itu dapat memeriksa 140 objek di semua muzium terbabit dan kini menyemak data sebelum menyerahkan permintaan rasmi kepada institusi- institusi berkenaan.
Seorang ahli arkeologi dalam pasukan itu, Cik Sopheap Meas, memberitahu BBC pada Mei bahawa artifak Kemboja yang hilang, kebanyakannya mengalami kerosakan dan ada juga yang pecah.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.