Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muzium sambut lebih ramai pengunjung, kerjasama antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2022 04:12PM Dikemas Kini : 19 Jun 2022 09:38PM
SINGAPURA: Muzium setempat mendapat lebih banyak dorongan selepas pandemik COVID-19 khususnya yang bergantung pada kerjasama rentas sempadan.

Lebih ramai pengunjung serta lebih banyak kerjasama dan artifak boleh dijangkakan.

Pameran di Muzium ArtSciene yang boleh diakses melalui realiti maya akhirnya tiba di Singapura setelah dua tahun akibat penutupan sempadan.

Rancangan asalnya untuk membawa pameran itu dari London pada 2020 dan kemudian 2021 namun akhirnya dibatalkan kerana COVID-19.

Dengan langkah pengurusan selamat COVID-19 dilonggarkan, muzium juga berjaya menarik lebih ramai pengunjung untuk menikmati bahan pameran.

Muzium Tamadun Asia (ACM), misalnya, terpaksa membuka lebih banyak slot bagi beberapa pameran.

Meskipun pada peringkat awal COVID-19, ACM sukar mengimport artifak, pasukan muzium itu meningkatkan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan serantau.

Kini, kedua-dua muzium mahu mengadakan lebih banyak kerjasama antarabangsa di samping meneruskan program hibrid sedia ada.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan