Muzium Negara terima sumbangan kerusi generasi pertama Suite, Kelas Perniagaan, A380 SIA
Anggaran Waktu Membaca:
Tempat duduk generasi pertama Kelas Perniagaan A380. (Gambar: Singapore Airlines Limited)
SINGAPURA: Pesawat Airbus A380 Singapore Airlines (SIA) mencatat sejarah dan memecahkan beberapa rekod ketika ia melakukan penerbangan pertamanya 15 tahun lalu pada 25 Oktober.
SIA menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia untuk menggunakan pesawat A380 ketika ia dilancarkan pada 2007, dan juga yang pertama memperkenalkan konsep Suite dalam pesawat A380 - menawarkan pengalaman penerbangan mewah dan privasi dengan katil besar, pintu longsor dan bidai tingkap pada setiap kabin.
Tempat duduk Kelas Perniagaan dalam A380 juga adalah yang paling lebar seumpamanya ketika itu dan boleh diubah menjadi katil yang boleh dibaringkan sepenuhnya.
Muzium Negara menerima sumbangan kerusi generasi pertama Kelas Perniagaan A380 dan tempat duduk generasi pertama Suite A380, yang digunakan dalam penerbangan sulungnya pada 2007 dalam pameran yang dijangka dibuka tahun depan bagi menghidupkan semula detik ikonik dalam lipatan sejarah SIA.
Dalam kenyataan media pada Selasa (25 Okt), pengarah Muzium Negara Chung May Khuen berkata kerusi itu "sumbangan amat bernilai kepada koleksi artifak perjalanan di muzium itu".
Ia juga mempamerkan "inovasi dan kejayaan unik" syarikat penerbangan negara itu dalam penerbangan komersil.
"Barangan seperti kerusi ikonik dari SIA ini memperkaya dokumentasi kami dan penceritaan tentang kemajuan dan pembangunan Singapura sejak bertahun-tahun lalu, dan kami mengalu-alukan sumbangan bermakna seumpama ini," kata Chung.
Kerusi generasi pertama Kelas Perniagaan dalam pesawat A380 itu direka bentuk oleh JPA design dari Britain dan dihasilkan Koito dari Jepun.
Kerusi generasi pertama kabin Suite SIA pula direka bentuk pereka kapal mewah asal Perancis, Jean-Jacques Coste dari Coste Design.
Maklumat berhubung pameran akan datang itu akan dikongsikan pada satu tarikh kelak.
Butiran lanjut boleh didapatkan di sini atau di Facebook dan Instagram Muzium Negara.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.