Skip to main content

Singapura

Muzium Negara lancarkan pameran pertama selepas diubah suai

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jul 2025 09:24PM Dikemas Kini : 31 Aug 2025 10:03PM
SINGAPURA: Selepas penutupan selama 10 bulan, Muzium Negara Singapura akan membuka galeri tetap pertamanya yang diubah suai pada 8 Ogos.

Ruang baharu yang dinamakan Shaw Foundation Glass Rotunda itu akan mempamerkan pengalaman pelbagai deria bertajuk Singapore Odyssea: A Journey Through Time, menurut muzium itu pada Khamis (31 Jul).
Related article image
Singapore Odyssea: A Journey Through Time ditempatkan di Shaw Foundation Glass Rotunda yang baru dinamakan. (Gambar: Muzium Negara Singapura)
Dipersembahkan melalui animasi dan elemen interaktif, pemasangan ini menyorot peristiwa penting dalam sejarah 700 tahun Singapura. Ia menggantikan pameran Story of the Forest, yang terletak di William Farquhar Collection of Natural History Drawings.

"Dengan Singapore Odyssea, kami ingin terus menggunakan koleksi dan cerita-cerita kaya kami untuk mempersembahkan sejarah Singapura dengan cara yang menarik dan relevan - ini mewujudkan titik permulaan yang mudah diakses, sambil menghormati kedalaman dan kepentingan sejarah kami," kata Cik Chung May Khuen, pengarah Muzium Negara Singapura.

"Dalam mempersembahkan Story of the Forest, kami menangani cabaran pengalaman lawatan muzium konvensional melalui teknologi dan multimedia untuk mewujudkan ruang yang sangat mendalam," tambah Cik Chung.

"Inilah dorongan di sebalik penggabungan elemen pelbagai deria dan interaktif yang lebih lanjut dalam Singapore Odyssea yang kami harap akan terus menarik dan memukau para pengunjung kami."
Related article image
Episod keempat pemasangan ini memberi tumpuan kepada adegan-adegan dari tempoh pra-penjajahan Singapura. (Gambar: Muzium Negara Singapura)
Direka oleh artis tempatan, Singapore Odyssea berfungsi sebagai perjalanan melintasi masa yang mendalam dan menampilkan empat episod dengan adegan-adegan dari Singapura masa kini hingga tempoh prapenjajahan Singapura, terdiri daripada cerita tempatan dan mitos yang berkaitan dengan asal-usul negara.

"Pemasangan ini memberi konteks budaya dan sejarah kepada identiti Singapura, menambah kedalaman dan meningkatkan penghargaan terhadap tempatnya di rantau ini dan dunia," menurut Muzium Negara Singapura.
 
Related article image
LED glob memaparkan memetakan laluan maritim Singapura sepanjang tahun. (Gambar: Muzium Negara Singapura)
Pertunjukan cahaya selama dua minit yang disokong oleh LED glob tergantung, yang pertama seumpamanya di muzium Singapura, akan menjadi salah satu tarikan pertama dalam pemasangan ini. Pertunjukan cahaya ini menjejaki evolusi laluan perdagangan maritim Singapura sepanjang beberapa abad.

Pengunjung juga boleh menjangkakan untuk menyaksikan pertunjukan visual di dinding dengan adegan-adegan beranimasi dan landskap berbunyi momen-momen penting dalam sejarah negara seperti Perbarisan Hari Kebangsaan pertama Singapura sebelum pemindahan masa perang dan masyarakat pesisir pantai kuno.

Singapore Odyssea berakhir di dasar rotunda kaca dengan tirai air terjun digital yang menggambarkan lebih banyak momen sejarah Singapura apabila pengunjung mendekatinya. Lantai juga akan memberi respons terhadap pergerakan, dengan setiap langkah mencipta riak digital di permukaan yang juga akan berinteraksi dengan riak sekitar yang dibuat oleh orang lain.

Pengunjung juga boleh menggunakan gelang tangan tersendiri yang diaktifkan menerusi RFID pada permulaan pemasangan sebagai panduan. Gelang tangan ini menampilkan sembilan rakan yang diilhamkan oleh hidupan liar Singapura seperti berang-berang, ketam dan enggang. Rakan-rakan ini akak memberi respons terhadap pergerakan dan persekitaran pengguna dengan menerangi laluan dan mencetuskan animasi tersembunyi.
Related article image
Pengunjung boleh mendapatkan gelang tangan tersendiri yang diaktifkan menerusi RFID pada permulaan pemasangan. (Gambar: Muzium Negara Singapura)
Apabila mendekati bahagian penutup, pengunjung boleh melepaskan rakan RFID mereka secara digital di perigi digital.

"Tindakan simbolik ini memperkukuhkan pepatah bahawa apa yang dipinjam dari alam semula jadi harus dikembalikan dengan baik - seruan bertindak untuk membina masa depan yang mampan untuk kedua-dua manusia dan rakan sebenar rakan-rakan ini," menurut muzium itu.

Pengalaman ini akan disertai dengan media di mana mitos makhluk seperti ketam raksasa penggerak pasang surut dan pokok ajaib kehidupan Pauh Janggi ditafsirkan semula.
Related article image
Pengunjung boleh melepaskan rakan RFID mereka di perigi digital. (Gambar: Muzium Negara Singapura)
Singapore Odyssea akan berlangsung di samping beberapa pameran pelengkap lain seperti Once Upon A Tide yang meneroka evolusi maritim Singapura dan siri program sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.

"Kami berharap penceritaan yang berani dan inovatif dalam Singapore Odyssea akan memikat dan menginspirasi pengunjung untuk berbangga dengan warisan kita dan membangunkan minat yang lebih mendalam buat sejarah Singapura yang luar biasa," kata Encik Mark Shaw, naib presiden eksekutif dan pengarah Shaw Foundation.

Kemasukan ke Singapore Odyssea adalah percuma untuk rakyat Singapura dan penduduk tetap.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita