Muzium Negara akan pulihara pintu, tempat duduk dan paparan peta MRT era 1990-an
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Jeremy Long/CNA
SINGAPURA: Para penumpang yang merindui penampilan MRT generasi awal, yang dilancarkan pada tahun 1990-an, boleh menjangkakan bahagian-bahagian gerabaknya seperti pintu dan tempat duduk dipaparkan dalam pameran.
Buat julung-julung kali, Muzium Negara Singapura (NMS) akan mempamerkan sebahagian daripada MRT yang tidak lagi digunakan, disebabkan oleh nilai sejarah dan kepentingannya kepada Singapura.
Dua set pintu kereta api, sepasang tempat duduk dan dua paparan peta sistem MRT diperolehi oleh pihak muzium dengan kerjasama pengendali pengangkutan awam SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Ia diusahakan di bawah inisiaitif, yang diberi nama "Collecting Contemporary Singapore", yang dimulakan oleh Muzium Negara dengan Lembaga Warisan Negara (NHB) pada 2020.
Penolong Kurator Reka Bentuk NMS Samuel Lee berkata bahawa inisiatif itu bertujuan untuk mengenal pasti bahagian penting dalam sejarah sosial kontemporari Singapura.
"Kami melihat MRT sebagai sesuatu yang agak penting dari segi kepentingan sejarah dan emosi di Singapura kerana ia melambangkan kemajuan Singapura dan pemodenan pesat pada tahun 1980-an dan 1990-an," jelasnya.
Beliau malah, menambah bahawa ini merupakan pertama kali bahagian-bahagian MRT disertakan dalam koleksi itu.
Awal tahun ini, NMS memperolehi sebuah lif lama di Ang Mo Kio dan sebuah mesin pemanggang kopi Nanyang lama untuk menambah kepada koleksi itu.
Encik Lee menarik perhatian bahawa artifak di bawah inisiatif itu dipilih berdasarkan nilai sejarah dan sosialnya.
BAGAIMANA BAHAGIAN ITU DIPELIHARA
Bahagian-bahagian tersebut berasal daripada kereta api SMRT Siemens C651 generasi kedua yang dibina pada tahun 1992, dan tamat perkhidmatannya sekitar Februari tahun ini.
Kereta api tersebut, yang mempunyai enam gerabak, diperkenalkan kepada sistem MRT dari 1994 hingga 1996 dan beroperasi di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat sebelum operasinya dihentikan pada 2020.
Menurut Encik Lee, model khusus itu adalah yang terakhir seumpamanya yang menampilkan warna putih dan kemerahan yang ikonik, memandangkan banyak kereta api lama telah diubah suai.
Pihak media hadir ketika bahagian-bahagian MRT itu dipunggah dari ruang penyimpanannya di Tuas Depot ke Pusat Pemuliharaan Warisan di Jurong Port Rd.
Dibungkus dengan balutan gelembung pelindung, bahagian-bahagian itu dibawa keluar dari trak lalu masuk ke pusat pemuliharaan tersebut untuk keadaannya dinilai oleh para kakitangan.

BAHAGIAN KERETA API DIPILIH BERDASARKAN "POTENSINYA"
Ditanya bila orang awam boleh menjangkakan peluang untuk melihat barangan tersebut, Encik Lee berkata ia masih dalam proses penilaian.
"Harapannya ialah agar semua yang kami kumpulkan akhirnya akan dipamerkan atau ditunjukkan pada satu ketika, mungkin tidak dalam masa terdekat, tetapi untuk pameran pada masa akan datang" ujarnya.
Mengenai mengapa beberapa bahagian MRT dan bukan seluruh gerabak kereta api dipelihara, Encik Lee berkata bahawa ia tertakluk kepada "potensinya untuk dipamerkan".
Sementara itu, LTA mengundang pertubuhan-pertubuhan atau institusi-institusi yang berminat untuk menyimpan gerabak atau bahagian kereta api daripada kereta api yang tidak lagi beroperasi.
LTA sejauh ini bekerjasama dengan institusi pendidikan serta pertubuhan tidak mengaut keuntungan untuk mengitar semula pelbagai bahagian kereta api.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.