Skip to main content

Singapura

Muzium Kura-Kura dan Penyu Hidup S'pura manfaatkan ciri digital

Satu-satunya Muzium Kura-Kura dan Penyu Hidup di negara ini merancang untuk menggunakan sistem digital apabila ia berpindah dari Chinese Garden ke Taman ORTO di Yishun pada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Dec 2018 09:28PM Dikemas Kini : 28 Dec 2018 08:06AM

SINGAPURA: Satu-satunya Muzium Kura-Kura dan Penyu Hidup di negara ini merancang untuk menggunakan sistem digital apabila ia berpindah dari Chinese Garden ke Taman ORTO di Yishun pada bulan depan.

Beberapa ciri baru yang akan diterapkannya termasuk sistem tempahan tiket secara online dan penggunaan kod QR untuk maklumat ringkas mengenai haiwan-haiwan di muzium itu.

Muzium berusia 18 tahun itu mempunyai 500 ekor kura-kura dan penyu hidup, serta pelbagai artifak berkaitan reptilia itu.

Ia sepatutnya berpindah dari Chinese Garden pada Mac lalu tetapi tempoh sewanya dilanjutkan selepas pemiliknya membuat rayuan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Chinese Garden terjejas dengan rancangan pembangunan Daerah Tasik Jurong, yang hendak dijadikan daerah pusat perniagaan atau CDB kedua Singapura menjelang tahun 2040.

Tempat baru muzium ini di Yishun, yang dahulunya dikenali sebagai Bottle Tree Park, akan menyediakan ruang lebih luas untuk memberikan lebih keselesaan bagi semua penyu dan kura-kuranya untuk bergerak dengan bebas.

Memandangkan kos membina muzium baru itu dianggarkan sebanyak $200,000, bayaran masuk akan dinaikkan kepada $10 untuk orang dewasa dan $6 untuk kanak-kanak serta warga tua.

Sumber : CNA/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita