Skip to main content

Singapura

Mutu udara S'pura lebih baik pada 2020: NEA

Mutu udara di Singapura lebih baik pada 2020, sebahagiannya disebabkan pengurangan aktiviti ekonomi dan pengangkutan disebabkan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Mutu udara S'pura lebih baik pada 2020: NEA

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 30 Sep 2021 08:14PM Dikemas Kini : 30 Sep 2021 08:20PM

SINGAPURA: Mutu udara di Singapura lebih baik pada 2020, sebahagiannya disebabkan pengurangan aktiviti ekonomi dan pengangkutan disebabkan COVID-19.

Demikian menurut laporan yang pertama kali dikeluarkan mengenai sekitaran Singapura.

Mutu udara di Singapura berada dalam lingkungan Baik hingga Sederhana pada setiap hari sepanjang 2020, menurut State of the Environment: Air and Water Quality Report atau Keadaan Sekitaran: Laporan Mutu Udara dan Air, yang diterbitkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Cuaca hujan dalam tempoh yang lazimnya musim panas pada separuh kedua 2020 juga membantu mengawal tahap pencemaran, tambah NEA.

Tempoh "pemutus rantaian jangkitan" menyaksikan penurunan 28.8 peratus dalam bahan zarah halus atau PM2.5, pengurangan nitrogen dioksida sebanyak 38.1 peratus, pengurangan karbon monoksida sebanyak 5.6 peratus, dan pengurangan sulfur dioksida sebanyak 58.1 peratus berbanding tahap-tahap yang dicatat dalam tempoh sama tiga tahun sebelumnya.

Dari segi mutu air pula, air tasik, sungai dan pantai untuk beriadah dan berkelah di Singapura, memenuhi garis panduan mutu air masing-masing.

Tujuh pantai popular mencapai tahap Baik di bawah garis panduan mutu air rekreasi NEA, sejajar dengan kegiatan riadah yang biasa dilakukan di kawasan-kawasan itu

Kegiatan-kegiatan tersebut termasuk riadah yang melibatkan air seperti berenang, luncur angin dan sukan air lain.

TEKNOLOGI BARU PEMANTAUAN

NEA menyatakan ia sedang menjalankan ujian teknologi baru pemantauan, termasuk penggunaan sensor kos rendah bagi pemantauan mutu udara.

Ciri kos rendah dan mudah alih sensor tersebut membolehkan pengukuran mutu udara di lebih banyak lokasi, seperti di sepanjang jalan raya, di kawasan di mana terdapat banyak kegiatan pejalan kaki atau berhampiran sumber-sumber pencemaran yang mungkin tidak mempunyai ruang untuk menempatkan stesen pemantauan mutu udara.

Agensi itu juga sedang bekerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan untuk "memanfaatkan sokongan tambahan dari segi saintifik".

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita