Mutu udara S'pura bertambah baik - NEA
Mutu udara di Singapura kelihatan bertambah baik hari ini (16 Sep) selepas mencecah paras yang tidak sihat pada hujung minggu lalu.
SINGAPURA: Mutu udara di Singapura kelihatan bertambah baik hari ini (16 Sep) selepas mencecah paras yang tidak sihat pada hujung minggu lalu.
Menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), setakat pukul 7.00 malam Isnin (16 Sep) paras PSI 24 jam ialah 78 - iaitu dalam paras sederhana.
Bacaan bagi sejam PM 2.5 pula berada dalam kategori '65 '.
Meskipun mutu udara bertambah baik, pusat-pusat prasekolah dan sekolah-sekolah rendah yang ditemui menyatakan langkah berjaga-jaga akan diambil.
Kementerian Pendidikan (MOE) memberitahu Mediacorp bahawa alat penapisan udara akan diletakkan dalam bilik peperiksaan kecil bagi peperiksaan PSLE yang tidak berhawa dingin.
Kegiatan luar darjah pada hari pertama penggal baru ini juga diadakan dalam bangunan.
Selain itu, prasekolah misalnya mengadakan kelas-kelas di dalam bilik darjah berhawa dingin.
Kanak-kanak juga diajar cara yang betul untuk memakai pelitup.
MOE pula menyatakan jika para pelajar yang merasakan mereka tidak sedia mengambil peperiksaan PSLE atas sebab keadaan jerebu, mereka perlu memaklumkan sekolah pada hari yang sama dan mendapatkan sijil perubatan daripada doktor.
Peperiksaan PSLE akan bermula Jumaat ini hingga minggu hadapan. MOE memberi jaminan akan bekerjasama dengan badan-badan lain untuk memastikan para pelajar tidak terjejas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.