Skip to main content

Singapura

Mutu udara di tengah SG kembali ke paras tidak sihat

Mutu udara Singapura kembali ke paras tidak sihat pada Isnin (14 Sep), dengan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam di kawasan tengah meningkat kepada 102 pada tengah hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Mutu udara di tengah SG kembali ke paras tidak sihat

Para penunggang basikal berlatarbelakangkan bangunan yang diselubungi jerebu di sekitar Marina Bay pada 4 September 2026. (Gambar: CNA/Wallace Woon)

Diterbitkan : 14 Sep 2026 12:32PM
  • Mutu udara di Singapura kembali ke paras tidak sihat pada 14 September, dengan bacaan PSI 24 jam di kawasan tengah mencecah 102.
  • NEA melaporkan jerebu berpunca daripada kebakaran di selatan Sumatra dan Kalimantan, dengan asap sederhana hingga tebal dikesan.
  • Keadaan kering di Kalimantan dan selatan Sumatra meningkatkan risiko jerebu berterusan di Singapura walaupun hujan diramalkan di beberapa kawasan lain.
  • NEA mula mengeluarkan nasihat jerebu harian sejak 4 September, dan menjangkakan bacaan PSI kekal antara sederhana hingga rendah dalam julat tidak sihat.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Mutu udara Singapura kembali ke paras tidak sihat pada Isnin (14 Sep), dengan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam di kawasan tengah meningkat kepada 102 pada tengah hari.

Bacaan PSI di kawasan lain adalah antara 79 dan 91.

Perkembangan tersebut berlaku selepas bacaan PSI berada pada paras sederhana selama empat hari.

Dalam nasihatnya pada Jumaat, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan, kepulan asap sederhana hingga tebal terus dikesan daripada kebakaran di selatan Sumatra dan Kalimantan.

Meskipun hujan diramalkan di bahagian tengah dan utara Sumatra dalam beberapa hari akan datang, keadaan kering dijangka berterusan di Kalimantan dan selatan Sumatra, sekali gus meningkatkan risiko jerebu di Singapura sekiranya kebakaran berterusan.

NEA meramalkan PSI 24 jam Singapura berada antara paras sederhana dengan paras rendah dalam julat tidak sihat.

Bacaan PSI 24 jam melonjak ke paras tidak sihat di kawasan tengah Singapura pada 4 September buat kali pertama sejak 2023, mendorong NEA mula mengeluarkan nasihat jerebu setiap hari mulai petang tersebut.

Julat PSI tidak sihat adalah antara 101 dengan 200, manakala bacaan antara 201 dengan 300 dianggap sebagai "sangat tidak sihat" dan bacaan melebihi 300 pula dianggap sebagai "berbahaya".
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita