Skip to main content

Singapura

Mutu udara cecah paras tidak sihat di timur S'pura

Keadaan jerebu kembali melanda Singapura sejak awal pagi Rabu (13 Nov) disebabkan oleh "pengumpulan jirim (bahan) zarah", menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA). 

Anggaran Waktu Membaca:
Mutu udara cecah paras tidak sihat di timur S'pura

Pemandangan kabus di one-north pada 13 Nov

Diterbitkan : 13 Nov 2019 12:52PM Dikemas Kini : 13 Nov 2019 12:55PM

SINGAPURA: Keadaan jerebu kembali melanda Singapura sejak awal pagi Rabu (13 Nov) disebabkan oleh "pengumpulan jirim (bahan) zarah", menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Mutu udara di bahagian timur Singapura mencecah paras "tidak sihat".

Sehingga setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) bagi tempoh 24 jam di bahagian timur negara adalah 102.

Berikut adalah bacaan PSI di kawasan lain:

  • 91 di bahagian utara Singapura
  • 100 di bahagian selatan Singapura
  • 86 di bahagian timur Singapura
  • 87 di bahagian tengah Singapura

Menurut NEA, mutu udara berada di paras 'baik' apabila bacaan PSI 50 dan ke bawah dicatatkan; 'sederhana' bagi bacaan PSI antara 51 hingga 100 dan 'tidak sihat' bagi bacaan antara 101 hingga 200.

Bacaan PM2.5 pula antara 40 hingga 53 µg/m3. Bacaan tertinggi dicatatkan di daerah utara iaitu dalam kategori paras yang meningkat.

"NEA sedang memantau keadaan dengan teliti dan akan memberikan kemas kini jika perlu," tambah agensi tersebut.

Pada September, mutu udara di Singapura mencecah paras tidak sihat selama beberapa hari. 

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita