Skip to main content

Singapura

Mutu kajian, bakat SG cecah tahap tertinggi baharu

Mutu kajian dan bakat Singapura kini mencecah tahap tinggi baharu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Sep 2025 08:22PM Dikemas Kini : 16 Sep 2025 10:56PM
SINGAPURA: Mutu kajian dan bakat Singapura kini mencecah tahap tinggi baharu.

Data terkini menunjukkan, penerbitan-penerbitan Singapura ditukil 74 peratus lebih banyak berbanding purata global.

Impak Tukilan Kewajaran Lapangan atau FWCI bagi Singapura berada di paras 1.74 pada tahun lalu.

Ia adalah lebih tinggi berbanding 1.47 pada 2014.

Metrik FWCI lebih tinggi daripada 1.00 bermakna sesuatu kajian itu ditukil lebih banyak daripada jangkaan.

Dengan Yayasan Penyelidikan Nasional membentangkan bidang-bidang tumpuannya, ia menyebut bagaimana pemerintah melabur secara konsisten sekitar satu peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) untuk kegiatan-kegiatan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE).

Ini termasuk S$28 bilion dalam tempoh lima tahun di bawah pelan RIE 2025.

Bidang-bidang tumpuannya termasuk pengilangan canggih, kesihatan, khidmat perubatan, kecerdasan buatan (AI), serta kemampanan dan huraian perbandaran.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita