Skip to main content

Singapura

Mutu acara Bulan Bahasa selaras peningkatan dana, jamin Faishal Ibrahim

Sokongan dana Pemerintah bagi program-program Bulan Bahasa meningkat sebanyak 65 peratus sejak 2017, dedah Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pendidikan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim pada Sabtu (28 Sep) di acara pelancaran Bulan Bahasa di Nee Soon.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Sep 2019 10:40PM Dikemas Kini : 28 Sep 2019 11:36PM

SINGAPURA: Sokongan dana Pemerintah bagi program-program Bulan Bahasa meningkat sebanyak 65 peratus sejak 2017, dedah Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pendidikan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim pada Sabtu (28 Sep) di acara pelancaran Bulan Bahasa di Nee Soon.

Dengan peningkatan dana itu, Dr Faishal yang juga Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata mutu acara Bulan Bahasa mampu dipertingkatkan lagi.

Menurut beliau, sokongan pemerintah terhadap acara tahunan itu "telah meningkat tahun demi tahun".

"Pada tahun 2017 di mana setiap program yang diberi pendanaan secara purata berjumlah S$4,900 setiap aktiviti. Dan ini meningkat kepada S$6,500 bagi setiap program dan pada tahun ini, ia terus meningkat kepada S$8,100," kata Dr Faishal yang juga merupakan Pengerusi Majlis Bahasa Melayu.

"Ini menunjukkan bagaimana pemerintah menyokong usaha-usaha untuk melestarikan bahasa dan budaya serta kesusasteraan Melayu di Singapura."

Acara Bulan Bahasa di Nee Soon pada Sabtu menawarkan konsep tiga dalam satu menggabungkan sebuah karnival kesihatan, keluarga dan beberapa kegiatan bahasa dan budaya Melayu.

Lebih 1,000 penduduk menyertai acara tersebut yang menampilkan pelbagai aktiviti sesuai bagi semua kaum dan peringkat umur.

Selain Dr Faishal, para penasihat akar umbi GRC Nee Soon yang lain juga turut menyerikan acara termasuk Menteri Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam dan Cik Lee Bee Wah.

Sambil belajar tentang bahasa dan seni budaya tradisional Melayu, para pengunjung juga berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan secara percuma untuk penduduk Generasi Merdeka.

Sejajar dengan tema acara iaitu Semarak Warisan, beberapa kegiatan budaya juga ditawarkan antaranya menganyam bakul dan membuat wayang kulit.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita