Mustahil capai sasaran sifar karbon tanpa letak harga sesuai pada karbon: PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MDDI)
LIMA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata laluan untuk mencapai pelepasan sifar karbon mustahil untuk dicapai tanpa meletakkan harga yang sesuai pada karbon.
Berucap pada hari kedua Sidang Puncak APEC di Peru pada Sabtu (16 Nov), beliau menekankan bahawa Singapura sedia untuk meningkatkan kerjasama dalam pasaran karbon bersama anggota ekonomi lain.
Untuk mencapai sasaran itu, Encik Wong menekankan bahawa anggota ekonomi perlu secara bertahap-tahap melaksanakan harga karbon.
Langkah itu akan memberi mesej yang kuat untuk beralih daripada amalan yang banyak menggunakan karbon.
Ini akan menggalak lebih banyak kerjasama dalam perdagangan karbon, sekali gus membantu ekonomi yang mempunyai pilihan tenaga alternatif terhad mengurangkan pelepasan karbonnya.
Encik Wong juga menarik perhatian kepada perlunya prasarana yang membolehkan negara dengan tenaga boleh diperbaharui yang banyak, untuk mengeksport elektrik kepada negara yang mempunyai sumber terhad.
Itulah sebab mengapa Singapura sedang bekerjasama dengan negara jiran di Asia Tenggara, untuk membina grid tenaga ASEAN.
Encik Wong berkata terdapat pelbagai manfaat yang boleh diraih daripada ekonomi yang bekerjasama dalam ekonomi hijau.
Selepas sidang puncak itu, Encik Wong berkongsi tentang kumpulan kerja antara Singapura, Chile dengan New Zealand, yang akan bekerjasama dalam perdagangan industri hijau.
"Kami berharap ini akan membolehkan kami berkhidmat sebagai peneraju untuk menentukan peraturan, standard yang diperlukan bagi penukaran dan kerjasama terkait dengan penyelesaian karbon rendah dan hijau, dan ia akan membolehkan lebih banyak perdagangan rentas sempadan dalam kegiatan rendah karbon," kata Encik Wong.
"Dan jika kami boleh menggunakan rangka kerja ini, kami berharap ia boleh menjadi inisiatif antarabangsa."
Encik Wong berkata langkah tersebut penting untuk memastikan APEC kekal relevan dan menyumbang idea baharu dalam landskap global yang sering berubah.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.