Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mustafa Centre, pusat makanan di Marina Bay Sands dikunjung kes COVID-19 semasa berjangkit

Pusat beli-belah Mustafa Centre dan pusat makanan di The Shoppes di Marina Bay Sands (MBS) ditambah pada senarai tempat-tempat awam yang pernah dikunjungi kes COVID-19 selama tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Mustafa Centre, pusat makanan di Marina Bay Sands dikunjung kes COVID-19 semasa berjangkit

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 26 Sep 2020 11:25PM Dikemas Kini : 26 Sep 2020 11:30PM

SINGAPURA: Pusat beli-belah Mustafa Centre dan pusat makanan di The Shoppes di Marina Bay Sands (MBS) ditambah pada senarai tempat-tempat awam yang pernah dikunjungi kes COVID-19 selama tempoh berjangkit.

Dalam kemas kini sebelah malam mengenai keadaan virus korona di Singapura pada Sabtu (26 Sep), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa mereka yang dijangkiti COVID-19 telah mengunjungi:

  • Mustafa Centre pada 15 September antara 8.10 malam dengan 8.50 malam dan sekali lagi pada 23 September dari 7.25 malam hingga 8.35 malam
  • Pusat makanan Rasapura Masters, di The Shoppes at MBS, pada 19 September antara 4.15 petang dengan 4.45 petang dan pada 24 September dari 3.55 petang hingga 4.25 petang
  • STAI Jalan Boon Lay pada 24 September dari 2.15 petang hingga 3.00 petang

MOH menyatakan mereka yang dikenal pasti sebagai kenalan rapat kes COVID-19 yang disahkan sudahpun dimaklumkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai yang berada di tempat-tempat tersebut pada masa yang dinyatakan harus memantau kesihatan mereka dengan rapi selama 14 hari selepas mengunjungi tempat-tempat itu," tambahnya.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memaklumkan kepada doktor tentang sejarah pendedahan mereka."

Menurut kementerian kesihatan, orang ramai juga boleh mengakses khidmat semak sendiri lokasi SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile, atau di laman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di lokasi itu semasa waktu yang dinyatakan, berdasarkan rekod SafeEntry masing-masing.

Orang ramai tidak perlu elak pergi ke tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes COVID-19, tegas MOH lagi.

LAPORAN BERKAITAN:


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan