Mustafa Centre di Little India dibuka 24 jam mulai 6 September
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Anda kini mempunyai pilihan baru jika ingin membeli belas pada jam 2.00 pagi.
Menurut keyataan yang kini dikongsikan online, Mustafa Centre kelihatan akan menyambung semula tempoh pembukaan selama 24 jam mulai 6 September ini.
Netizen berkongsi gambar sebuah kenyataan yang dicetak dengan kepala surat Mohamed Mustafa & Samsudi Co Pte Ltd yang dikeluarkan pada 8 Ogos.
Ia menyatakan bahawa "Pengurusan ingin mengumumkan bahawa kami akan menyambung semula tempoh beroperasi selama 24 jam mulai 6 September 2024 (malam Jumaat)."
Kenyataan itu ditandatangani pengarah urusan Mustaq Ahmad.
Pusat membeli belah popular di Syed Alwi Road di Little India itu ditutup pada jam 2.00 pagi sekarang. Namun, ia beroperasi sepanjang 24 jam sehari sebelum berlakunya pandemik COVID-19
Salah seorang netizen bernama Jamal Ali yang berkongsi kenyataan itu di Facebook, menerima beberapa komen yang turut meraikan berita itu, termasuk seorang yang berkata "Hebat".
Mediacorp telahpun menghubungi Mustafa Centre untuk mendapatkan butiran lanjut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.