Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muslim Pro lancarkan lebih banyak kandungan di khidmat penstriman 'Qalbox' sempena Ramadan ini

Anggaran Waktu Membaca:
Muslim Pro lancarkan lebih banyak kandungan di khidmat penstriman 'Qalbox' sempena Ramadan ini

Khidmat penstriman Qalbox lancarkan pelbagai kandungan baru di aplikasi Muslim Pro sempena Ramadan ini.

SINGAPURA: Lebih banyak kandungan baru yang mesra keluarga dan berbentuk kerohanian dilancarkan dalam khidmat penstriman 'Qalbox' dalam aplikasi gaya hidup Muslim Pro.

Antara kandungan baru yang dapat dinikmati ialah sebuah siri hasil karya syarikat terbitan tempatan Beach House Pictures.

Siri bertajuk 'Food from the Heart' itu mengikuti beberapa tukang masak di seluruh dunia ketika mereka berkongsi bagaimana Islam telah mempengaruhi perjalanan masakan mereka dan Sahur Ringkas (Simple Sahur) pula mempamerkan resipi-resipi mudah disiapkan untuk juadah sahur.

Daripada kandungan gaya hidup kepada filem animasi, 'Qalbox' menawarkan kandungan yang mesra Muslim dan mesra keluarga.

Ini selaras dengan objektif syarikat di sebalik aplikasi Muslim Pro, Bitsmedia.

"Kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menyertai komuniti kami dan memanfaatkan sumber sehenti serta faedah khidmat premium Muslim Pro, termasuk akses kepada kandungan asli Qalbox dan perpustakaan kaya dengan kandungan berfokuskan Ramadan," ujar ketua pegawai eksekutif bersama Bitsmedia, Nik Emir Din.

Muslim Pro juga merupakan penaja rasmi bagi Bazar Ramadan Kampong Glam (Glam Eid Bazar) tahun ini.

Para pengguna baru yang melanggani secara online atau mengimbas kod QR di gerai Muslim Pro di Bazar Kampong Glam berpeluang memenangi pakej umrah bernilai $12,000.

Mereka juga akan menikmati potongan harga $5 bila membeli minuman daripada gerai Naughtyboyz dan 47beverages.

 
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan