Musim penyakit pernafasan meningkat, pakar saran ambil vaksin serentak untuk perlindungan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketika negara menyaksikan peningkatan kes penyakit pernafasan berjangkit, orang ramai dinasihatkan supaya mempertimbangkan pengambilan vaksin COVID-19 dan vaksin lain seperti demam selesema atau influenza secara serentak.
Langkah ini bertujuan memberikan perlindungan terkini, mengurangkan risiko komplikasi, dan memperkukuh imuniti masyarakat secara keseluruhan.
Demikian menurut doktor keluarga Tampines Family Medicine Clinic, Dr Aziz Noordin kepada wartawan Nurfazirah Azman.
Menurutnya, masyarakat kini bukan sahaja berdepan dengan gelombang COVID-19, tetapi juga peningkatan penyakit pernafasan lain seperti influenza A dan virus pernafasan sinsitial (RSV).
"Ada banyak lagi virus berkaitan dengan pernafasan dan setiap vaksin direka untuk melindungi anda daripada satu jenis virus pernafasan tertentu. Sama seperti COVID-19, RSV dan influenza, akan ada gelombang jangkitan dan mereka yang lebih tua dan kumpulan berisiko akan mengalami gejala yang lebih teruk.
"Dengan itu, anda digalakkan untuk mendapatkan vaksin-vaksin itu serentak. Ini bermakna anda boleh mendapatkan vaksin buat Influenza dan COVID-19 pada masa yang sama. Ini adalah sesuatu yang anda boleh pertimbangkan ketika bercakap dengan doktor anda," kongsi Dr Aziz.
Beliau menambah bahawa vaksinasi bukan sahaja membantu seseorang individu melawan virus dengan lebih berkesan, tetapi juga mengurangkan risiko komplikasi dan penularan kepada orang lain.
"Apabila kita mengambil vaksin, imuniti kita bersedia untuk melawan virus dengan lebih awal. Jadi penyakit itu lebih dikawal dan lebih kurang berlakunya komplikasi. Peluang virus untuk berjangkit juga berkurangan kerana seseorang akan pulih dengan lebih pantas.
"Dengan itu, ini lebih kepada tanggungjawab sosial di mana kita cuba melindungi mereka yang lebih berisiko dan memastikan bahawa ada cukup imuniti dalam masyarakat bagi melindungi kumpulan-kumpulan tersebut," kata Dr Aziz.

SINGAPURA ALAMI LONJAKAN AWAL KES DEMAM SELESEMA MUSIMAN
Menurut data daripada Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), bilangan pesakit yang diuji positif bagi demam selesema meningkat secara mendadak sejak minggu terakhir Ogos.
Sekitar 30 peratus sampel yang diuji pada minggu 24 hingga 30 Ogos adalah positif bagi jangkitan seperti demam selesema.
Pihak berkuasa kesihatan berkata mereka menyaksikan peningkatan dalam jangkitan demam selesema musiman di Singapura sejak pertengahan Ogos, yang kekal tinggi sehingga kini.
Strain jangkitan yang paling banyak menular adalah H3N2, subjenis Influenza A, dan punca biasa selesema musiman.

INDIVIDU DENGAN PENYAKIT KRONIK, BERISIKO TINGGI DIGALAK AMBIL VAKSIN BAHARU
Dalam pada itu, Dr Aziz menyeru agar individu dengan penyakit kronik dan berisiko tinggi mengalami gejala COVID-19 yang teruk untuk mendapatkan vaksin COVID-19 yang terkini.
Kumpulan ini termasuk individu berumur 60 tahun ke atas, mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan berumur enam bulan ke atas, serta para penghuni kemudahan jagaan warga emas.
"Ia kini tidak lagi dianggap sebagai suntikan penggalak. Ia adalah vaksin yang diambil setiap tahun, seperti mana kami lakukan untuk influenza.
"Kami ada pesakit yang mempunyai lebih daripada satu penyakit (kronik) dan mereka berpendapat bahawa COVID-19 kurang membimbangkan. Dengan itu mereka memutuskan untuk menangguhkan vaksinasi mereka. Namun perlindungan (daripada penyakit) itu sebaik cara kami mengemas kini (vaksin yang diambil)," kata Dr Aziz.
Langkah itu menurut Dr Aziz bukan sahaja membantu mereka kekal sihat dan melawan gelombang COVID-19 atau penyakit pernafasan lain, tetapi juga melindungi orang tersayang di sekeliling mereka.
VAKSIN MENYASARKAN VARIAN BAHARU COVID-19
Menurut Dr Aziz, vaksin COVID-19 yang terkini direka khas untuk memberi perlindungan terhadap varian LP.8.1 yang sedang menular sekarang.
"Vaksin COVID-19 baharu ini direka untuk melindungi individu daripada varian COVID-19 yang sedang menular pada masa ini dan juga beberapa varian yang mungkin muncul.
"Profil keselamatan vaksin ini juga sama seperti dos yang lain. Perbezaan utama vaksin ini adalah ia memberikan perlindungan yang lebih terkini (semasa)," kongsi Dr Aziz kepada wartawan Nurfazirah Azman.
Beliau menekankan bahawa vaksin baharu itu tidak bermakna bahawa ia "lebih berkesan" berbanding dengan vaksin-vaksin COVID-19 sebelum ini.
Vaksin itu dikemaskini dan disesuaikan untuk "melawan" varian baharu di dalam masyarakat dan memastikan ia memberikan perlindungan yang relevan buat setiap individu.

CARA MELINDUNGI DIRI DAN ORANG TERSAYANG
Dr Aziz juga sempat berkongsi langkah-langkah untuk melindungi diri daripada penyakit berjangkit itu semasa musim perayaan yang bakal menjelang.
"Paling penting adalah kebersihan diri, seperti mencuci tangan, memakai pelitup muka apabila tidak sihat, cuba jauhi tempat yang sesak dan kurang pengudaraan. Jika anda tidak sihat, elak daripada melawat individu yang berisiko seperti mereka yang lanjut usia," kongsi Dr Aziz.
KLINIK MEMBUAT PERSIAPAN
Tampines Family Medicine Clinic sudah membuat persediaan untuk pelaksanaan vaksin itu sejak pengumuman rasmi Kementerian Kesihatan (MOH) pada 24 Oktober.
"Kebanyakan pesakit kami yang membuat susulan (pemeriksaan) untuk penyakit kronik mereka telah dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin yang dikemas kini.
"Kami juga ada pesakit yang datang untuk mendapatkan vaksin mereka. Kami juga telah mendidik kakitangan klinik kami supaya mereka tahu bagaimana untuk menasihati pesakit apabila mereka masuk dan bertanya jika mereka boleh mendapatkan vaksin tersebut," kongsi Dr Aziz.
JARAK ANTARA DOS
Bagi individu yang belum divaksin dan menerima vaksin COVID-19 pada 2025, dua dos perlu diambil dengan jarak lapan minggu antara setiap dos bagi bayi dan kanak-kanak yang berumur antara enam bulan hingga empat tahun.
Bagi mereka yang berumur lima tahun ke atas, hanya satu dos diperlukan.
Individu yang sudah divaksin dan berumur enam bulan ke atas yang menerima dos tambahan pada 2025 atau 2026 disarankan untuk mengambilnya dalam tempoh kira-kira setahun, dan sekurang-kurangnya lima bulan, selepas dos terakhir mereka.
Di bawah Program Vaksinasi Nasional Singapura, vaksin COVID-19 diberikan secara percuma kepada semua individu yang layak.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.