Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Musim Mas Group buka pusat R&D minyak sawit pertama di S'pura

Dalam menilai kesan terhadap persekitaran akibat pengeluaran minyak kelapa sawit, pendekatan yang berteraskan bukti saintifik perlu diambil bukan dengan mengenakan larangan sepenuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Oct 2019 09:50PM Dikemas Kini : 24 Oct 2019 11:22PM

SINGAPURA: Dalam menilai kesan terhadap persekitaran akibat pengeluaran minyak kelapa sawit, pendekatan yang berteraskan bukti saintifik perlu diambil bukan dengan mengenakan larangan sepenuhnya.

Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat menegaskan demikian di acara pembukaan kemudahan kajian dan pengembangan (R&D) yang pertama milik syarikat minyak kelapa sawit global, Musim Mas, di Singapura siang tadi (24 Okt).

Kemudahan tersebut sedang mencari penyelesaian baru untuk menggunakan bahagian minyak kelapa sawit bagi menangani keperluan yang berbeza meliputi industri makanan dan minuman.

Ini bagi membantu menepati permintaan yang semakin meningkat bagi lebih banyak pilihan produk makanan lebih sihat di Asia.

Pusat tersebut dijangka menggajikan lebih 20 saintis dan pakar makanan menjelang tahun kelima operasinya. 

Sumber : CNA/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan