Musim hujan di Malaysia jejas bekalan durian SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA
SINGAPURA: Cuaca buruk di Malaysia telah menjejas pembekalan durian ke Singapura sehingga para penjual di sini turut terkesan dari segi pendapatan.
Masalah ini sekali gus bermakna 'hantu durian' di Singapura tidak akan dapat menikmati raja buah itu seperti biasa pada musim perayaan hujung tahun ini.
Pun begitu, para penjual durian kekal optimistik.
Peniaga gerai malah memberitahu Mediacorp bahawa durian dari Johor dan Pulau Pinang sudah mula dibawa masuk, dan ini dijangka menstabilkan bekalan durian di Singapura.
Mereka menambah, harga durian sudah mula turun berbanding harga yang melambung tinggi sekarang ini.
Musim durian dijangka berlarutan sehingga Tahun Baharu Cina akan datang.
Mengulas mengenai bekalan durian di Singapura, Pengurus Besar DurianSGPrime Tee Tong Kuan berkata: "Disebabkan bekalan pada November terhad, sangat sukar bagi kami untuk mendapatkan sebarang durian."
"Bekalan bagaimanapun bertambah sejak Disember. Ada import bagi musim durian sekarang," tambah beliau.
Pengasas Bersama Jiak Durian Mai, Shaun Lee, pula menarik perhatian kepada mutu durian yang boleh terjejas akibat musim hujan.
"Kalau hujan terlalu sering turun, kualiti durian akan teruk terjejas, terutama durian jenis Mao Shan Wang," tegasnya.
"Biasanya (kedai) kami buka pada bulan November, tetapi tahun ini, kerana kualiti dan bekalan, kami terpaksa menangguhkan tarikh pembukaan kepada awal Disember. Dan ini menjejas pendapatan keseluruhan kerana terdapat kelengahan selama sebulan."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.