Skip to main content

Singapura

Musang bukan kes pertama disumpit, lebih 12 merpati juga disumpit sejak Feb 2020

Belasan ekor burung merpati di Singapura dijumpai dengan damak sumpitan tertusuk pada badannya antara Februari 2020 dengan Mac 2021, menurut Kumpulan Kerja Hidupan Liar di Bandar (UWG) hari ini (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Musang bukan kes pertama disumpit, lebih 12 merpati juga disumpit sejak Feb 2020

Belasan burung merpati disumpit sepanjang setahun lalu. (Gambar fail: ACRES/Facebook)

Diterbitkan : 22 May 2021 08:22PM Dikemas Kini : 22 May 2021 08:27PM

SINGAPURA: Belasan ekor burung merpati di Singapura dijumpai dengan damak sumpitan tertusuk pada badannya antara Februari 2020 dengan Mac 2021, menurut Kumpulan Kerja Hidupan Liar di Bandar (UWG) hari ini (22 Mei).

Dalam satu kenyataan bersama tentang kes bangkai musang yang dijumpai di Kembangan pada Khamis (20 Mei), UWG menyatakan ia bukan haiwan pertama yang ditemui dengan kecederaan disebabkan damak sumpitan.

"Antara Februari 2020 dengan Mac 2021, belasan burung merpati di Singapura dijumpai dengan damak sumpitan tertusuk pada badannya," menurut kumpulan itu.

Aduan-aduan polis sudahpun difail, menekankan tentang penggunaan damak sumpitan di tempat-tempat awam, tambah UWG.

Ia turut merujuk kepada negara-negara seperti Britain dan Australia di mana lesen diperlukan bagi pemilikan dan penggunaan damak sumpitan.

Ia juga menyeru tindakan tegas dan penguatkuasaan undang-undang untuk melarang penjualan, pemilikan dan penggunaan damak sumpitan.

"Penggunaan alat sedemikian tanpa latihan boleh mendatangkan risiko dan bahaya kepada pengguna dan orang lain, terutamanya kanak-kanak," tegas kumpulan itu.

UWG merangkumi wakil-wakil dari Widlife Reserves Singapore (WRS), Lembaga Taman Negara (NParks), Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (ACRES), Universiti Nasional Singapura (NUS) dan pertubuhan-pertubuhan lain serta dan pihak-pihak bebas.

Khamis lalu, bangkai musang ditemui dengan damak sumpitan pada badannya di sebuah kediaman di Kembangan.

UWG menyatakan damak sumpitan itu "tertusuk dalam" dada haiwan tersebut, lantas mengakibatkan kematian yang sakit dengan perdarahan berlarutan dari lukanya.

Bangkai diambil ACRES dan diserahkan kepada NParks untuk dibedah siasat.

NParks sedang menjalankan siasatan terhadap kes-kes burung merpati selain musang yang disumpit, tambah UWG.

Ia turut merayu orang awam untuk menelefon Pusat Respons Haiwan NParks di 1800 476 1600 dan talian ACRES di 9783 7782 dalam situasi konflik.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita