Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Murid sekolah rendah diberi kelonggaran ikuti lebih banyak kegiatan

Murid sekolah rendah tidak lama lagi akan dapat mengambil bahagian dalam lebih banyak kegiatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Murid sekolah rendah diberi kelonggaran ikuti lebih banyak kegiatan

(Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)

Diterbitkan : 04 Jan 2022 09:09PM Dikemas Kini : 04 Jan 2022 09:09PM

SINGAPURA: Murid sekolah rendah tidak lama lagi akan dapat mengambil bahagian dalam lebih banyak kegiatan.

Ini termasuk kegiatan ko-korikular (CCA) dalam kumpulan sehingga 50 orang.

Semasa waktu rehat, murid juga boleh bermain dalam kumpulan lima orang meskipun harus memakai pelitup.

Pelajar sekolah menengah, maktab rendah dan institut berpusat juga boleh menyertai CCA di luar sekolah.

Kelas tuisyen kendalian kumpulan bantu diri juga boleh disambung semula.

Demikian antara kegiatan kembali ke sekolah yang diumumkan Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, semasa membuat lawatan ke Sekolah Rendah Punggol Cove sempena hari pertama persekolahan murid darjah satu hari ini (4 Jan).

Sekolah rendah merata negara dibuka semula secara berperingkat minggu ini, bermula dengan murid Darjah 1.

Sejajar dengan langkah pengurusan selamat, ibu bapa hanya boleh menghantar anak mereka di pagar sekolah saja.

Menurut Kementerian Pendidikan 99 peratus murid darjah satu datang ke sekolah hari ini.

Encik Chan berharap penyambungan semula kegiatan secara beransur-ansur akan memberi pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam dan menyeronakkan bagi pelajar.

Pusat-pusat prasekolah juga mengutamakan keselamatan pada hari pertama persekolahan hari ini.

Namun dengan kanak-kanak berusia lima hingga lapan tahun bakal menjalani vaksinasi, kurikulum di beberapa prasekolah berbeza sedikit.

Di prasekolah My First Skool, hampir semua kakitangannya sudah lengkap divaksin dan lebih separuh pula sudah mendapatkan dos penggalak mereka.

Selain kanak-kanak, ibu bapa dan penjaga juga perlu mengambil suhu badan mereka sebelum masuk ke pekarangan sekolah.

Langkah-langkah sedemikian, memberikan sedikit ketenangan kepada ibu bapa.

"Sekolah ini selalu memaklumkan keadaan anak saya di sekolah melalui WhatsApp, telefon atau jumpa bila waktu datang atau balik sekolah," menurut Zurenah Kassim, ibu kepada salah seorang murid di prasekolah itu.

Sumber : CNA/RU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa