Murid sekolah rendah akan kembali ke sekolah pada 11 Okt
Pembelajaran di rumah (HBL) bagi murid-murid sekolah rendah akan berakhir pada minggu ini dengan murid-murid akan kembali ke sekolah masing-masing secara berperingkat untuk menghadiri kelas secara bertemu muka mulai Isnin (11 Okt), umum Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (7 Okt).

Para pelajar sekolah rendah di Singapura. (Gambar: Chan Chun Sing/Facebook)
SINGAPURA: Pembelajaran di rumah (HBL) bagi murid-murid sekolah rendah akan berakhir pada minggu ini dengan murid-murid akan kembali ke sekolah masing-masing secara berperingkat untuk menghadiri kelas secara bertemu muka mulai Isnin (11 Okt), umum Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (7 Okt).
Menurut kementerian itu lagi, para murid akan pulang ke sekolah secara berperingkat bagi memastikan langkah-langkah pengurusan selamat boleh dilaksanakan dengan berkesan.
Murid-murid Darjah 3 hingga 6 akan kembali ke sekolah mulai Isnin, manakala murid-murid Darjah 1 dan 2 pula akan meneruskan HBL sehingga Selasa dan pulang ke sekolah pada Rabu.
Sekolah-sekolah Pendidikan Khas akan diberikan perincian lanjut mengenai kepulangan murid masing-masing secara berperingkat, tambah MOE.
Ibu bapa murid Darjah 1 hingga 5 akan dikehendaki melakukan ujian pantas antigen (ART) ke atas anak-anak mereka di rumah pada 8 Oktober atau 9 Oktober sebelum mereka kembali ke sekolah dan memaklumkan hasil ujian tersebut menerusi pautan yang akan dihantar kepada mereka.
Kegiatan Ko-Kurikular (CCA) dan kegiatan luar darjah yang lain akan terus digantung untuk semua peringkat, termasuk sekolah menengah, Maktab Rendah dan Institut Milennia.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.