Murid prasekolah belajar sediakan kit kecemasan untuk tingkatkan daya tahan psikologi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menyiapkan kit kecemasan dan bergerak dalam sekitaran yang baharu dalam keadaan gelap mungkin bukan aktiviti yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah.
Namun, kanak-kanak di Sunflower Preschool @ Hillview didedahkan kepada kemahiran itu di bawah program perintis baharu sebagai sebahagian daripada Latihan Pertahanan Mutlak tahun ini.
Inisiatif itu memperkenalkan murid prasekolah kepada daya ketahanan psikologi menerusi sebuah bengkel imersif tiga bahagian.
“Kami melihat kanak-kanak mempamerkan sikap pembelajaran seperti ketekunan dan daya tahan,” kata pengurus pusat prasekolah itu, Mastura Adam, sambil menambah bahawa kemahiran tersebut boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka.
“Selain itu, kami juga melihat mereka mempamerkan kecekapan sosial dan emosi, seperti membantu rakan-rakan lain apabila berdepan cabaran dan ketidakpastian,” tambahnya.
MEMBINA DAYA TAHAN SEJAK AWAL LAGI
Inisiatif itu selaras dengan usaha Singapura untuk mengukuhkan daya tahan psikologi dalam kalangan golongan muda menerusi Latihan Pertahanan Mutlak.
Pengamal pendidikan awal kanak-kanak, Samantha Tan, yang juga anggota Majlis Penasihat Perhubungan Masyarakat dalam Pertahanan (ACCORD) berkata ia adalah penting untuk kanak-kanak mula membangunkan daya tahan sejak usia muda.
“Ia bukan sesuatu yang hanya dipupuk ketika dewasa, dan bukan juga cabaran yang hanya berlaku ketika usia dewasa. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan pada sebarang usia,” kata Cik Tan, yang juga pengasas pusat pendidikan konstruktivis dan permainan Kurios Oasis.
“Oleh itu, melalui program ini, kami berharap ibu bapa memahami bahawa daya tahan psikologi boleh dipupuk melalui pengalaman sebenar, bukan sesuatu yang diajar secara langsung di dalam bilik darjah.”
Golongan pakar berkata memulakan usaha itu lebih awal adalah penting untuk membina sistem sokongan yang kukuh sebelum krisis-krisis berlaku.
Pakar psikologi klinikal utama di Annabelle Psychology, Dr Annabelle Chow berkata terdapat salah tanggapan umum bahawa kanak-kanak terlalu kecil untuk memahami keadaan sukar di sekeliling mereka.
Beliau menambah bahawa daya tahan boleh dipupuk seawal usia empat tahun, selagi pendekatan yang digunakan bersesuaian dengan peringkat usia.
“Ia boleh diterapkan dalam cabaran dan tugasan harian mereka. Ini membantu mereka membina keupayaan untuk mengurus perkara-perkara yang lebih besar pada masa hadapan,” kata Dr Chow.
“Ia boleh bermula dengan kesedaran emosi asas, seperti membantu mereka menamakan perasaan mereka, memahami bahawa tekanan atau kesusahan yang dialami akan berlalu dan tidak bersifat kekal,” tambahnya.
“Lebih awal kemahiran ini diajar, mereka akan lebih berdaya tahan dan kreatif dalam mengurus tekanan. Keupayaan untuk menyesuaikan diri dan mengendalikan tekanan adalah kemahiran hidup yang sangat penting.”
MEMUPUK KEMAHIRAN HIDUP
Daya tahan dalam kalangan kanak-kanak kecil boleh dibina melalui interaksi seharian, termasuk membantu mereka mengenal pasti emosi mereka, menurut golongan pakar.
Bagi kanak-kanak yang lebih besar, tumpuan beralih kepada strategi daya tindak yang sihat seperti bersenam atau bermain, serta mewujudkan ruang untuk perbualan reflektif mengenai pemikiran dan kebimbangan mereka.
Namun, golongan pakar menegaskan bahawa tidak pernah lambat untuk membina daya tahan.
Dalam satu kursus bantuan kecemasan psikologi yang dianjurkan oleh Palang Merah Singapura (SRC), para peserta dilengkapi dengan kemahiran untuk menyokong individu yang mengalami kejutan, kesedihan dan tekanan emosi selepas krisis.
Matlamatnya adalah untuk menyokong proses pemulihan dan mengurangkan risiko trauma jangka panjang.
Seorang peserta, Cik Mifie Gunawan, menyertai kursus tersebut atas minat peribadi dan kerana pekerjaannya dalam bidang sumber manusia menjadikan pengetahuan itu amat relevan.
Apabila individu dilengkapi dengan kemahiran semasa krisis, ia membantu mencegah panik daripada merebak dan mengelakkan keadaan yang sedia sukar daripada menjadi lebih buruk, katanya.
“Adalah sangat penting untuk mempunyai individu yang berdaya tahan dalam masyarakat, supaya masyarakat itu sendiri kekal tenang.”
Menurut SRC, usaha memperluas penyertaan belia yang terlatih dalam bantuan kecemasan psikologi kekal sebagai satu keutamaan.
Ketika ini, belia membentuk sekitar 20 peratus daripada peserta, dan pertubuhan tersebut berharap dapat meningkatkan angka itu sebanyak lima mata peratusan lagi.

Sumber : CNA/LL/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.