Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Murid dengan keperluan berkaitan pembangunan, pertuturan dibenar tanggal pelitup dalam kelas

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2022 04:47PM Dikemas Kini : 24 Mar 2022 08:46PM

SINGAPURA: Sesetengah pelajar dengan keperluan pembangunan yang berkaitan dengan pendengaran atau pertuturan boleh menanggalkan pelitup sewaktu kelas bahasa dan celik huruf mulai Selasa (29 Mac), sedang Singapura mula melonggarkan sekatan-sekatan COVID-19. 

Sebagai permulaan, pelajar-pelajar dengan keperluan pembangunan sedemikian termasuk mereka yang bersekolah di tadika Kementerian Pendidikan (MOE), sekolah rendah aliran utama dan juga sekolah pendidikan khas sehingga Darjah 4 atau peringkat yang sama. 

Peraturan-peraturan yang lebih longgar ini juga akan dilaksanakan ke atas para murid sekolah rendah aliran utama yang menjalani program sokongan pembelajaran, program sokongan bahasa ibunda dan program pemulihan membaca. 

Demikian menurut MOE dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA). 

Selain itu, pusat-pusat intervensi awal yang dibiayai pemerintah yang mengendalikan Program Campur Tangan Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC) juga boleh memilih untuk menawarkan pembelajaran tanpa pemakaian pelitup untuk kanak-kanak yang mempunyai keperluan sedemikian semasa kelas bahasa dan celik huruf. 

"Pengenalan dan penyebutan bunyi-bunyi fonetik adalah satu aspek penting dalam perkembangan awal bahasa" menurut MOE dan ECDA. 

"Pilihan pembelajaran tanpa pelitup akan membolehkan para murid yang memerlukan lebih banyak sokongan dalam penguasaan dan pembangunan bahasa untuk meraih manfaat daripada pendekatan kaedah mengajar yang melibatkan pelbagai deria, dengan isyarat visual dan pendengaran." 

Ini selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong  mengumumkan dalam ucapannya mengenai sejumlah langkah pengurusan selamat yang akan dilonggarkan, termasuk meningkatkan had saiz kumpulan dan menjadikannya sebagai satu pilihan untuk orang ramai memakai pelitup apabila berada di luar .

Menurut MOE dan ECDA, pelonggaran pada peraturan memakai pelitup adalah "langkah yang sudah dipertimbangkan dengan teliti", selain tahap vaksinasi yang tinggi dalam kalangan guru dan pelajar serta maklum balas daripada para ibu bapa yang meminta sokongan yang lebih baik untuk memenuhi keperluan pembelajaran para murid dan pelajar. 

Ini termasuk kesemua tadika, sekolah nasional, madrasah dan sekolah pendidikan khas, menurut kedua-dua MOE & ECDA, sambil menambah bahawa perinciannya akan didedahkan tidak lama lagi.

Langkah-langkah pengurusan selamat di tempat-tempat lain, termasuk pusat tuisyen dan pusat-pusat pengayaan, kekal tidak berubah, menurut pihak berkuasa. 

Untuk membendung penularan COVID-19, guru-guru dan para pelajar harus mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat dan mengamalkan tabiat kebersihan diri yang baik, termasuk memastikan tempat-tempat awam kekal bersih dengan mengelap permukaan jika perlu, menurut MOE dan ECDA. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan