Mural wanita samsui merokok dikekalkan sepenuhnya; pemilik bangunan didenda kerana tidak mohon izin URA
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: seanpdunston/Instagram)
SINGAPURA: Mural di Chinatown yang menampilkan seorang wanita Samsui memegang sebatang rokok, akan dikekalkan tanpa sebarang pengubahsuaian dilakukan pada lukisan tersebut.
Demikian menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) mengenai mural yang telah menarik perhatian ramai dan hebat dibahaskan sepanjang beberapa minggu lalu.
"Ini memandangkan mural tersebut bukan satu iklan buat tembakau, yang menyalahi undang-undang, dengan kebanyakan orang menganggapnya sebagai satu karya seni," jelas pihak berkuasa menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu (10 Julai).
Pemilik bangunan bagaimanapun didenda S$2,000 kerana tidak mendapatkan keizinan sebelum menjalankan kerja-kerja ke atas sebuah bangunan yang dipulihara, di samping meneruskan kerja-kerja itu sekalipun diberi peringatan untuk mendapatkan kelulusan.
Pun begitu, pihak berkuasa sedia maklum bahawa mural tersebut seolah-olah menggalakkan tabiat merokok dan ini bertentangan dengan dasar MOH.
"Seandainya (pemilik bangunan) menyerahkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran, MOH akan membangkitkan beberapa keprihatinan mengenai gambaran merokok yang dipaparkan dalam mural seperti ini, dan meminta agar ia disesuaikan sewajarnya.
"Kami kemudian akan bekerjasama dengan pemilik bangunan untuk mencari cara bagi mengurangkan sebarang kesan daripada mural yang mungkin dilihat menggalakkan tabiat merokok, tanpa mengubah mural itu sendiri," menurut URA dan MOH dalam kenyataannya.
Dalam semakan dan keputusannya berkaitan perkara ini, URA dan MOH menyatakan mereka mempertimbangkan "pelbagai pandangan daripada anggota masyarakat awam".
Pihak berkuasa akur mural itu "hangat dibahaskan oleh orang awam" dengan sebilangan daripada mereka menyuarakan kebimbangan ia seolah-olah memberi gambaran bahawa merokok itu satu perkara biasa. Ada juga mengusulkan agar karya seni itu dibiarkan dan tidak diubah.
"Kebanyakan anggota masyarakat awam tidak melihat ini sebagai satu iklan buat rokok," menurut kenyataan bersama itu.
"Pada dasarnya, ia satu perbincangan yang membina, dijalankan dalam nada yang tenang dan berhemah. Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana berkongsi pandangan masing-masing," ulas URA dan MOH.
Namun, pihak berkuasa menegaskan bahawa pemilik bangunan tidak mematuhi syarat-syarat URA berkaitan pemuliharaan dan perlindungan warisan bangunan Singapura.
"Memandangkan mural pada bangunan-bangunan yang dipulihara adalah satu bentuk seni visual yang menyuntik kelainan kepada daerah-daerah yang dipulihara, URA memerlukan semua pemilik bangunan yang dipulihara agar menyerahkan cadangan mural masing-masing untuk mendapatkan kebenaran.
"Cadangan bagi mural itu akan disemak bersama pihak-pihak berkepentingan dalam masyarakat, mahupun agensi-agensi pemerintah yang relevan, untuk memastikan karya seni itu mempunyai kaitan dengan tempat ia dipamerkan, selain turut mempertimbangkan jika ia sesuai dengan budaya dan nilai-nilai persekitarannya, mencantikkan lagi ruang awam, serta dialu-alukan masyarakat tempatan," menurut URA dan MOH.
Dalam kes ini, pemilik bangunan memulakan kerja-kerja melukis mural di bangunan yang dipulihara di 297 South Bridge Road, tanpa mendapatkan kebenaran daripada URA.
Pada 22 Mac, URA memaklumkan wakil-wakil pemilik bangunan bahawa kelulusan belum lagi didapatkan bagi mural itu lalu meminta permohonan segera diserahkan.
URA kemudian mengingatkan para wakil pemilik bangunan pada 25 Mac tentang syarat mendapatkan kebenaran sebelum meneruskan kerja-kerja melukis mural.
"Pun begitu kerja-kerja mural diteruskan. Satu permohonan bagi kebenaran pemuliharaan diserahkan pada 11 April selepas mural selesai dilukis," dedah kenyataan bersama itu.
Pemilik bangunan didenda atas sebab gagal mendapatkan kelulusan pemuliharaan sebelum kerja-kerja dijalankan.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.