Mulanya tiada minat, kini mahu teruskan legasi 'Abang Rojak'
Peluang membuka cawangan kedua gerai makanan Pondok Abang di Kebun Bunga Singapura terjadi dengan secara tidak sengaja.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peluang membuka cawangan kedua gerai makanan Pondok Abang di Kebun Bunga Singapura terjadi dengan secara tidak sengaja.
"Memang kebetulan, saya mahu lihat betul ke tidak di pusat makanan Sprouts menjual teh pada harga 60 sen sahaja. Jadi saya datang dan terjumpa dengan pemilik Sprouts. Menurutnya ada kedai kosong untuk penyewa makanan halal," kongsi Encik Hasan.

Encik Hasan merebut peluang untuk membuka gerai kedua Pondok Abang di Sprouts.
Nasi Lemak Pandan yang sudah lama tidak dijual apabila ibunya bersara mengendalikan gerai mereka di Clementi beberapa tahun lalu diperkenalkan kembali.

Perniagaan Pondok Abang dimulakan bapa Encik Hasan Encik Abdul Rahman Yad Ali pada tahun 1970-an.
Beliau mula meniaga menjual karipap dengan meletakkan kotak di atas motosikalnya.
Selepas lebih sedekad menjaja dengan cara itu, beliau akhirnya menyewa sebuah gerai di Jurong West.
Beliau menjual Rojak Cina dan diberi gelaran 'Abang Rojak' oleh pelanggan-pelanggannya.

Setelah itu, Encik Abdul Rahman membuka gerai di Blk 448 Clementi Avenue 3 menjual Mee Rebus, Mee Soto dan Nasi Lemak Pandan.
Kemudian pada 2007, beliau membuka gerai kedua, kali ini diberi nama Pondok Abang di Changi Village.
Untuk membekalkan makanan kepada gerai-gerainya itu,
beliau membuka sebuah dapur pusat di Jurong Food Hub.
"Saya tidak ada aspirasi untuk mengambil alih perniagaan ini sebenarnya tetapi selepas Perkhidmatan Negara, bapa saya meminta bantuan kerana gerai di Clementi kurang kakitangan.
"Lama kelamaan, saya mula minat dan sudah menghabiskan banyak masa dan tenaga dalam perniagaan ini. Jadi saya ambil alih sahaja," kata Encik Hasan.
Pada 2011, mereka menutup gerai di Changi Village untuk memberi tumpuan kepada perniagaan produk makanan beku.
Gerai di Clementi itu dikekalkan kerana "mahu mempertahankan warisan' mereka sebagai penjaja.
"Banyak perkembangan perniagaan yang saya perlu lakukan untuk mencapai matlamat menjadi pembekal makanan halal nombor satu di Singapura," kata Encik Hasan.
Sambutan terhadap gerai kedua Pondok Abang yang dibuka akhir tahun lalu memberangsangkan.
Anda boleh ikuti banyak lagi kisah menarik tentang pemilik perniagaan 'Pondok Abang' ini dalam siri "Makan Apa Tu?" di laman media sosial BERITA Mediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.