Muka baru galas tanggungjawab dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat WP
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar Fail: Parti Pekerja (WP) semasa sambutan Hari Kebangsaan Singapura.
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) pada Rabu (16 Nov) mengumumkan pelantikan anggota dalam badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.
Cik He Ting Ru dilantik sebagai bendahari manakala Encik Nathaniel Koh sebagai timbalan beliau.
Encik Koh adalah salah satu daripada tiga anggota baru dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), yang diumumkan pada Sabtu lepas (12 Nov) selain Encik Ang Boon Yaw dan Encik Tan Kong Soon.

Encik Ang dan Encik Tan juga dilantik sebagai timbalan setiausaha penganjur bersama dengan Encik Kenneth Foo.
Cik He yang merupakan Anggota Parlimen GRC Sengkang sebelum ini dilantik sebagai timbalan setiausaha penganjur pada 2021.
Beliau mengambil alih jawatan bendahari daripada Anggota Parlimen Aljuneid, Gerald Giam, yang kekal sebagai ketua pasukan penyelidikan dasar WP dengan Profesor Madya Jamus Lim sebagai timbalannya.
Encik Koh yang kini merupakan timbalan bendahari, mengambil alih jawatan itu daripada bekas anggota WP, Raeesah Khan.
Cik Raeesah meletak jawatan dari parti itu pada November tahun lalu selepas mengaku berbohong di Parlimen.
AP Aljunied, Faisal Manap kekal sebagai naib pengerusi WP. Anggota Parlimen Hougang, Dennis Tan pula mengekalkan jawatannya sebagai setiausaha penganjur.
Encik Leon Perera dan Encik Louis Chua masing-masing akan terus berkhidmat sebagai ketua dan timbalan ketua pasukan media parti.
Cik Nicole Seah yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2020 di GRC East Coast, kekal sebagai presiden sayap belia WP.
Cik Sylvia Lim dilantik semula sebagai Pengerusi parti manakala Encik Pritam Singh pula dilantik semula selaku Setiausaha Agung parti pembangkang itu.
Mantan ketua parti, Low Thia Khiang, juga dilantik dan terus berkhidmat sebagai anggota CEC, menurut WP dalam catatan Facebooknya.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.