MUIS umumkan Pakej Sokongan Ramadan bernilai S$4.3 juta, bantu lebih 10,500 penerima bantuan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan menyediakan pakej sokongan Ramadan bernilai $4.3 juta untuk diagihkan kepada lebih 10,500 penerima sempena bulan suci ini.
Antara mereka termasuk penerima bantuan zakat bulanan, penduduk Islam daripada rumah kebajikan tertentu, penerima Skim Bantuan Jangka Panjang ComCare dan isi rumah yang dirujuk oleh Pusat Khidmat Keluarga (FSC).
Ini diumumkan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim di majlis berbuka puasa yang dihadiri tetamu istimewa, Presiden Tharman Shanmugaratnam di Masjid Al-Mawaddah pada Jumaat (20 Feb).
“MUIS akan menyalurkan lagi S$3.5 juta wang zakat dan $800,000 melalui fidyah kepada 10,500 penerima. MUIS juga akan terus menyalurkan sokongan fidyah bagi membantu keperluan harian.
"Masjid-masjid kita juga akan bekerjasama untuk menghantar bantuan ini kepada mereka yang kurang berupaya, dan keluarga yang memerlukan sokongan tambahan," kongsi Dr Faishal.
Dr Faishal juga menekankan pentingnya sumbangan zakat untuk membantu golongan memerlukan.
“Zakat bukan sekadar bantuan kewangan. Ia adalah amanah dan tanda kita saling menjaga satu sama lain supaya keluarga yang sedang diuji dapat membina keyakinan serta ketahanan dalam mengharungi kehidupan harian dan meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan bermaruah,” katanya.

MEMPERLUAS JANGKAUAN MASYARAKAT
MUIS turut memperluaskan jangkauan bantuan melalui inisiatif Zakat Social Development@Mosques (ZakatSD@Mosques), yang diperluaskan daripada enam masjid pada 2023 kepada lebih 60 masjid hari ini.
Menerusi inisiatif tersebut, pegawai zakat masjid menyediakan khidmat secara langsung (walk-in) untuk menilai keperluan individu atau keluarga.
Pegawai kemudian akan menghubungkan mereka kepada bentuk sokongan yang diperlukan, termasuk bantuan wang tunai segera dan baucar barangan runcit.
Pada 2025, lebih 1,100 individu menerima bantuan dengan sekitar 600 dirujuk kepada program sokongan bulanan.
Dr Faishal turut menekankan peranan masjid yang terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh jaringan sosial masyarakat.
Dalam pada itu, beliau juga memberi setinggi-tinggi penghargaan terhadap usaha masjid-masjid setempat yang menubuhkan pantri masyarakat atau “Community Pantry” untuk menyediakan barangan asas kepada golongan yang memerlukan.
“Usaha-usaha sebegini mencerminkan keprihatinan dan semangat perpaduan masyarakat kita. Syabas!” ujar beliau.
TEKANKAN KOMITMEN BERTERUSAN
Di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA), MUIS mengurus kutipan dan pengagihan zakat serta menyediakan sokongan bulanan kepada lebih 6,500 isi rumah setiap tahun.
MUIS juga bekerjasama dengan agensi nasional dan masjid-masjid bagi memastikan bantuan zakat melengkapi program pemerintah sedia ada dan menghubungkan penerima kepada rangkaian sokongan yang relevan.
Sejak 2012, pengagihan zakat hujung tahun telah membantu keluarga memerlukan menguruskan bil, tunggakan dan kos persiapan persekolahan anak-anak.
Mengakhiri ucapannya, Dr Faishal menyeru masyarakat agar terus memperkukuh perpaduan dan daya tahan masyarakat Islam Singapura.
“Bersama, marilah kita terus membina sebuah masyarakat Islam Singapura yang kukuh, yakin dan berdaya tahan," kata Dr Faishal.
Dr Faishal disertai Presiden MUIS, Mohamed Sa’at Abdul Rahman, Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen dan sekitar 100 jemaah berbuka puasa bersama di masjid yang terletak di Sengkang itu.
Mereka turut disertai Presiden Tharman Shanmugaratnam yang juga sempat menyantuni para pemimpin masyarakat, penerima zakat dan para penghuni rumah-rumah kebajikan di majlis tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.