Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS umum kadar zakat fitrah $5.30 dan $7

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Ramadan tahun ini ialah $5.30 bagi kadar biasa dan $7 bagi kadar lebih tinggi untuk setiap seorang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 May 2019 07:28PM Dikemas Kini : 05 May 2019 09:13PM

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Ramadan tahun ini ialah $5.30 bagi kadar biasa dan $7 bagi kadar lebih tinggi untuk setiap seorang.

Kadar zakat fitrah ditentukan oleh Jawatankuasa Zakat dan Fitrah MUIS dengan menggunakan harga median 2.3 kilogram gred beras yang menjadi makanan utama masyarakat Islam di Singapura, menurut MUIS dalam kenyataannya.

MUIS memperkenalkan kadar dua peringkat sejak 2005 bagi memenuhi permintaan pembayar zakat yang menggunakan beras bermutu lebih tinggi dan ingin membayar harga zakat lebih tinggi.

Menurut MUIS lagi, pembayar zakat boleh memilih kadar yang paling sesuai dengan makanan harian mereka. Ia juga menasihati penduduk Muslim setempat untuk membayar zakat awal. Zakat boleh dibayar sepanjang Ramadan, sehingga sebelum solat Aifilfitri dilaksanakan.

Cara membayar zakat di Singapura:

  • Tunai / Cek / NETS di semua masjid, pertubuhan Muslim yang dibenarkan, pejabat MUIS
  • NETS/ Kod QR NETS di 47 pusat pungutan zakat sepenuh masa di masjid dan pejabat M³@WGS Geylang Serai
  • Mesin AXS
  • Telefon: Fitrah Telepoll 1900-112-3530 (bagi $5.30/seorang) atau 1900-112-3700 (bagi $7.00/seorang)
    *Setiap panggilan dikenakan caj pentadbiran $0.20 dan adalah bagi sumbangan fitrah tunggal - sehingga 7.00 pagi, 5 Jun 2019.
  • Dalam talian: MUIS Zakat (http://www.zakat.sg) atau CIMB Clicks (http://www.cimbclicks.com.sg)

MUIS menggesa jemaah agar menunjukkan kad pengenalan atau dokumen pengenalan lain semasa membuat bayaran kepada Amil; supaya nama mereka dapat dimasukkan bagi pengecualian cukai.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi MUIS di talian hotline 6359 1199.  

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan