MUIS tiada rekod bersepadu jumlah jemaah Umrah SG di Arab Saudi: Zaqy Mohamad
Anggaran Waktu Membaca:
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad di Parlimen pada 3 Nov.
MUIS has no record of the number of Singapore Umrah pilgrims in Saudi Arabia: Zaqy Mohamad
- MUIS does not have a consolidated record of Singaporeans performing Umrah in Saudi Arabia because the pilgrimage is not regulated like the Hajj, which MUIS oversees based on national quotas.
- In a written reply in Parliament on 3 November to MP Fadli Fawzi, Zaqy Mohamad explained that Umrah pilgrims arrange their own travel or use travel agencies.
- Although there is no latest figure, pilgrims’ safety is a priority; they are encouraged to register with the MFA so they can be contacted and assisted in an emergency.
- MUIS is working with the MFA and AMTAS to monitor developments and share information, and has so far received no requests for assistance following the recent attacks in Saudi Arabia.
- MUIS tidak mempunyai rekod bersepadu tentang rakyat Singapura yang menunaikan Umrah di Arab Saudi kerana ibadah itu tidak dikawal selia seperti Haji, yang diselia MUIS berdasarkan kuota negara.
- Dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 3 November kepada AP Fadli Fawzi, Zaqy Mohamad menjelaskan jemaah Umrah mengatur perjalanan sendiri atau menggunakan agensi pelancongan.
- Walaupun tiada jumlah terkini, keselamatan jemaah menjadi keutamaan; mereka digalakkan mendaftar dengan MFA supaya dapat dihubungi dan dibantu ketika kecemasan.
- MUIS bekerjasama dengan MFA dan AMTAS memantau perkembangan serta menyampaikan maklumat, dan setakat itu belum menerima permintaan bantuan selepas serangan baru-baru ini di Arab Saudi.
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak mempunyai rekod bersepadu mengenai jumlah rakyat Singapura yang kini menunaikan Umrah di Arab Saudi.
Ini kerana perjalanan Umrah tidak tertakluk kepada aturan kawal selia yang sama seperti ibadah Haji.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Selasa (3 Nov).
Ia sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Fadli Fawzi, mengenai jumlah jemaah Umrah Singapura yang kini berada di Arab Saudi, termasuk mereka yang menggunakan khidmat agensi pelancongan dan yang mengatur perjalanan secara sendiri.
Menyerlahkan perbezaan antara kededua ibadah tersebut, Encik Zaqy menjelaskan bahawa urusan jemaah bagi ibadah haji diselia MUIS berdasarkan kuota yang diperuntukkan kepada Singapura.
Sementara itu, jemaah Umrah mengatur perjalanan mereka sendiri, sama ada secara bebas atau menerusi agensi pelancongan.
"Memandangkan perjalanan Umrah tidak tertakluk kepada peraturan kawal selia yang sama seperti ibadah Haji, MUIS tidak mempunyai rekod bersepadu mengenai jumlah rakyat Singapura yang kini menunaikan Umrah di Arab Saudi," kata Encik Zaqy.
Meskipun itu, Encik Zaqy, dalam jawapan bertulisnya, menegaskan bahawa "keselamatan dan kesejahteraan mereka kekal menjadi keutamaan".
Sehubungan itu, beliau menggalak jemaah Umrah Singapura untuk mendaftarkan perjalanan mereka dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Langkah demikian membolehkan mereka dihubungi dan diberikan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.
Dalam pada itu, MUIS sedang bekerjasama rapat dengan MFA dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) untuk memantau perkembangan semasa serta memastikan maklumat dapat disampaikan kepada para jemaah dengan segera, menurutnya lagi.
Menjawab satu lagi pertanyaan Encik Fadli mengenai permintaan bantuan susulan serangan baru-baru ini terhadap beberapa sasaran di Arab Saudi, Encik Zaqy memaklumkan bahawa MUIS belum menerima sebarang permintaan daripada jemaah Umrah Singapura yang kini berada di negara itu.
"MUIS akan terus memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan MFA serta AMTAS bagi memberikan sokongan kepada para jemaah sekiranya diperlukan," kata Encik Zaqy.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.