Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS tegaskan perlunya bertindak 'tenang & membina' berhubung konflik Israel-Hamas

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS tegaskan perlunya  bertindak 'tenang & membina' berhubung konflik Israel-Hamas

Gambar: Majlis Ugama Islam Singapura

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Khamis (19 Okt) menggesa masyarakat Islam untuk bertindak dengan "tenang dan membina" berhubung konflik Israel-Hamas.

Dalam satu kenyataan media, MUIS menyatakan ia sedih dengan perkembangan terkini konflik Israel-Hamas.

"Gelombang keganasan baharu ini telah menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak bersalah. Krisis Israel-Palestin mempunyai sejarah yang lama dan rumit," tulis kenyataan itu.

"MUIS terkejut dengan krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza, terutama sekali penutupan koridor bantuan kemanusiaan, serta peristiwa yang melanggar undang-undang antarabangsa."

Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir bertemu dengan para asatizah untuk memberikan panduan terhadap isu tersebut.

Beliau juga bertemu dengan para belia Islam untuk memberikan nasihat dan perspektif terhadap "cara mengawal pelbagai perasaan" yang mereka rasa sedang konflik itu berlaku.

"Sejak mulanya konflik ini, kita berdoa berterusan supaya pihak yang terbabit diberikan keberanian dan sifat belas kasihan untuk menyelesaikan perselisiahan antara mereka dengan cara aman," tambah MUIS.

MUIS juga menambah bahawa ia sedang bekerjasama dengan Muslim.sg untuk menawarkan bimbingan agama kepada orang-orang Islam yang terkesan dengan peristiwa di Gaza.
Umat Islam di Singapura juga boleh menunjukkan sokongan mereka dengan menyumbang kepada usaha mengumpul dana kemanusiaan yang sah, tambah MUIS.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan