MUIS tarik balik larangan import daging dari Thomas Foods International setelah piawai halal dipenuhi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Thomas Foods
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menarik balik arahan menghentikan import produk daging dari sebuah rumah penyembelihan di Australia, Thomas Foods International (TFI). Larangan atas import dari syarikat tersebut dikenakan pada 30 Mei 2022.
Arahan tersebut dikenakan untuk memlihara integriti halal daging dan produk yang diimport ke Singapura selepas ketidakpatuhan yang menjejas piawai halal daging yang dibekalkan rumah penyembelihan itu.
MUIS menjalankan siasatan teliti menyusuli larangan itu dan meninjau kemudahan TFI untuk membuat pemeriksaan di pusat TFI. Pasukan yang diketuai Timbalan Ketua Eksekutif, Dr Albakri Ahmad dan Timbalan Mufti, Dr Mohd Murat Aris memeriksa langkah pembetulan yang dikuatkuasakan TFI dan memutuskan untuk menarik balik larangan yang ditetapkan.
"MUIS kini berpuas hati dengan langkah yang dilaksanakan TFI untuk mematuhi piawai halal yang ditetapkan MUIS. Dari 14 Oktober 2022, pemegang sijil halal MUIS boleh menggunakan daging daripada TFI Lobethal," kata Pengarah Pembangunan Halal MUIS, Zalman Ali.
MUIS akan bekerjasama dengan Majlis Tertinggi Islam Daging Halal di Australia (SICHMA) untuk memastikan piawai halal yang ditetapkan MUIS akan terus dipatuhi TFI. SICHMA akan mengemukakan laporan audit halal setiap suku tahun bagi pusat TFI selama setahun.
Selain itu, MUIS akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Australia untuk memantau pematuhan halal operasi di TFI Lobethal. MUIS akan terus mengekalkan piawai yang tinggi untuk meyakinkan orang ramai terhadap rantaian bekalan halal dan import daging halal serta produk untuk semua pertubuhan dan pengilang makanan yang disahkan di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.