Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS sokong pindaan ke atas Akta Mengekalkan Keharmonian Agama

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyokong pindaan Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyokong pindaan Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA).

Ini dinyatakan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (2 Sep).

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) membentangkan rang itu untuk bacaan pertama di Parlimen hari ini (2 Sep), dengan tujuan memperkukuhkan lagi keupayaan Pemerintah untuk cekap bertindak terhadap ancaman-ancaman yang menggugat keharmonian agama di Singapura.

Menurut MUIS, Pemerintah sudah merujuk kepada badan itu berhubung saranannya untuk meminda MRHA supaya ia lebih sesuai mengikut konteks terkini kehidupan di Singapura.

"MUIS bersetuju bahawa penting langkah-langkah perundangan ditetapkan bagi melindungi keharmonian antara agama di Singapura.

"Kami sudah memberikan pandangan kami dan menyokong kuat pindaan ke atas MRHA," menurut MUIS dalam kenyataan media tersebut.

MUIS menekankan bahawa ia terus komited demi memastikan keharmonian agama dan perpaduan sosial di Singapura kekal terpelihara.

"MUIS dan masjid-masjid di Singapura menjalankan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh jalinan hubungan dengan masyarakat dari agama-agama lain serta program-program bagi mempertingkat persefahaman silang agama," menurut MUIS lagi.

Selain itu, para asatizah juga mematuhi Kod Etika yang ditetapkan supaya mereka boleh memberi bimbingan yang sesuai kepada masyarakat mengikut konteks kehidupan di Singapura.

Baru-baru ini, MUIS dan masyarakat Islam Singapura sebulat suara melahirkan Komitmen untuk Melindungi Keharmonian Agama.

MUIS juga berharap, dengan undang-undang yang jelas untuk melindungi keharmonian agama di negara ini, usaha-usaha akar umbi yang dijalankan oleh masyarakat berlainan agama di sini akan dapat memperkukuhkan lagi persefahaman antara masyarakat berbilang agama di sini dan hidup secara aman dan damai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan