Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS sokong langkah AMTAS tangguh umrah

MUIS akan bekerjasama dengan AMTAS dan pihak berkuasa yang relevan untuk terus memantau situasi.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS sokong langkah AMTAS tangguh umrah
Diterbitkan : 31 Dec 2020 02:03PM Dikemas Kini : 31 Dec 2020 05:38PM

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memuji pendekatan penuh bertanggungjawab Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) untuk tidak menggalakkan ibadah umrah buat masa ini sedang pandemik COVID-19 masih melanda dunia.

MUIS menegaskan demikian dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan hari ini (31 Dis) sebagai respons kepada soalan-soalan yang diajukan oleh pihak media.

Dalam kenyataan media itu, MUIS turut mengongsi komitmen AMTAS untuk melindungi bakal jemaah dan masyarakat yang lebih luas daripada risiko jangkitan COVID-19.

Pendekatan yang diambil AMTAS, menurut MUIS, juga selaras dengan garis panduan semasa berhubung perjalanan ke luar negara.

"Pandemik yang melanda sekarang membawa banyak risiko dan ketidaktentuan berhubung perjalanan ke luar negara, sekalipun ia dibenarkan, seperti ujian wajib dan syarat kuarantin (baik semasa sampai ke destinasi dan sekembalinya ke Singapura).

"Terdapat juga kos besar yang perlu ditanggung sekiranya para pelawat terkena jangkitan dan dimasukkan ke hospital dan mungkin juga penerbangan akan dibatalkan dan diubah. Faktor-faktor ini menjadikan perjalanan untuk menunaikan umrah tidak digalakkan buat masa ini," kata Ketua Khidmat Haji MUIS Mohd Faizal Abdul Hathi.

MUIS akan bekerjasama dengan AMTAS dan pihak berkuasa yang relevan untuk terus memantau situasi dan menilai waktu yang selamat dan sesuai untuk menyambung semula perjalanan bagi ibadah umrah.

Keutamaan MUIS, tambah kenyataan itu lagi, adalah untuk terus menjaga keselamatan dan kemaslahatan jemaah dan masyarakat yang lebih luas di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan