Skip to main content

Singapura

MUIS siasat kandungan produk jenama Li Chuan; gesa masyarakat jangan sebar khabar angin

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang menyiasat mesej-mesej tular di media sosial yang mempertikaikan kandungan dalam produk-produk jenama Li Chuan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang menyiasat mesej-mesej tular di media sosial yang mempertikaikan kandungan dalam produk-produk jenama Li Chuan.

MUIS mengeluarkan kenyataan itu melalui laman Facebooknya hari ini (28 Jan) menyusuli dakwaan-dakwaan terhadap produk-produk jenama Li Chuan yang dipercayai tidak halal.

Menurut MUIS, pihaknya sedang menyiasat perkara itu dan menasihatkan masyarakat Islam di sini supaya jangan membuat sebarang spekulasi sehingga siasatannya selesai dijalankan.

"Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya jangan menyebarkan khabar angin dan sebaliknya menunggu kemas kini lebih lanjut daripada pihak kami," menurut MUIS.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita