Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS sedang pertimbang longgarkan peraturan jarak selamat; had jumlah jemaah

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengalu-alukan perkembangan untuk melonggarkan langkah-langkah sekatan COVID-19 di Singapura yang diumumkan oleh pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengalu-alukan perkembangan untuk melonggarkan langkah-langkah sekatan COVID-19 di Singapura yang diumumkan oleh pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) baru-baru ini.

Antara kelonggaran yang diberikan adalah pelonggaran terhadap peraturan jarak selamat di persekitaran yang memerlukan pemakaian pelitup mulai 25 Februari dan kelonggaran terhadap had saiz jemaah bagi acara-acara keagamaan mulai 4 Mac.

Menurut MUIS dalam catatan Facebooknya hari ini (18 Feb), ia sedang bekerjasama dengan pihak masjid untuk melaksanakan dua langkah penting daripada pengumuman itu.

"Kami sedang membuat penyesuaian pada langkah-langkah pengurusan selamat, sedang kami membuka secara bertahap-tahap dan menyambung semula kegiatan di masjid.

"Keutamaan kami tetap untuk menjaga keselamatan masyarakat dan negara kita," menurut Ketua Eksekutif MUIS Kadir Maideen menerusi catatan Facebook MUIS.

Sehubungan itu, MUIS menjangkakan beberapa norma baru akan terus diamalkan, seperti penekanan terhadap kesihatan dan kebersihan, pemakaian pelitup dan membawa peralatan beribadah seperti sejadah sendiri.

Mengakhiri catatannya, Encik Kadir mengucapkan terima kasih kepada seluruh masyarakat dan umat Islam atas kerjasama mereka dalam mengharungi perjalanan ini.

Lebih banyak butiran akan disediakan dalam masa beberapa minggu akan datang, kata Encik Kadir.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan