MUIS perkukuh tadbir urus sektor madrasah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah/Facebook)
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah melaksanakan langkah-langkah untuk mengukuhkan tadbir urus di seluruh sektor madrasah.
Ini dilakukan menyusuli kes urus niaga kewangan yang melibatkan Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah dan Irsyad Trust Limited (ITL).

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakaria tentang perkembangan terkini dalam usaha MUIS memperkukuh tadbir urus madrasah di parlimen pada Selasa (21 Mac).
Encik Masagos berkata, MUIS telah menubuhkan Perkhidmatan Kongsi Masjid-Madrasah-Wakaf untuk menyokong madrasah menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik dan menyediakan akaun mereka untuk diaudit.
Perkhidmatan kewangan bersama itu meningkatkan kecekapan dan tadbir urus kewangan di semua madrasah, kata beliau.
Selain itu, pihak madrasah juga dikehendaki mengemukakan kemas kini tahunan tentang audit kewangan mereka kepada MUIS dan Lembaga Pengarah (BOG).
Ini membolehkan MUIS dan BOG melaksanakan pengawasan kewangan ke atas madrasah, menangani jurang dengan cara yang lebih tepat pada masanya, dan untuk mengenal pasti dan berkongsi pengajaran tentang tadbir urus kewangan di seluruh sektor madrasah.
MUIS juga telah memperkenalkan prosedur di seluruh sektor madrasah yang membolehkan kakitangan melaporkan tentang sebarang pelanggaran undang-undang oleh pemimpin madrasah atau "whistleblowing".
"Ini menggalakkan budaya maklum balas aktif daripada kakitangan madrasah tentang situasi atau keputusan yang dibuat oleh pemimpin madrasah. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang disyaki, perkara ini harus dilaporkan kepada MUIS atau mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan," kata Encik Masagos.
MUIS juga sedang merintis pelaksanaan Manual Dasar IT dan Data untuk sektor madrasah.
Ini akan mengukuhkan dasar dan pelaksanaan keselamatan data dan maklumat madrasah.
Dr Wan Rizal turut mengemukakan soalan susulan sama ada garis masa langkah-langkah mengukuhkan tadbir urus dalaman disingkatkan selepas salah laku itu dikesan.
Encik Masagos berkata MUIS telah mengambil tindakan setiap kali penemuan baru berhubung kes ITL dibuat.
"Banyak perkara ini boleh datang daripada laporan dalaman tetapi beberapa penemuan yang kami sebutkan termasuk pemindahan S$2 juta ditemui selepas kami menjalankan audit secara luaran ke dalam madrasah sebagai sebahagian daripada proses memastikan tadbir urus dan semakan. Jadi, setiap kali penyelewengan telah dikesan secara dalaman atau luaran, MUIS akan mengambil tindakan. Contohnya penemuan tentang pemindahan S$2 juta itu dilakukan selepas audit pada tahun 2016. Walaupun ia telah diaudit pada tahun 2014 secara dalaman oleh Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Irsyad (MMC) yang tanpa audit, kami mungkin tidak mengesannya," jelas Encik Masagos.
Tambah beliau: "MUIS menjalankan semakan khas pada tahun 2021 yang melepasi garis masa 2016 untuk melihat sama ada terdapat transaksi lanjut antara madrasah dan ITL dan 2021. Apa yang timbul daripada penemuan semakan itu mendorong MUIS membuat laporan polis. Jadi pemeriksaan berkala ini yang perlu kita lakukan walaupun apa yang nampaknya telah diselesaikan, mesti dijalankan di mana-mana institusi supaya kita boleh terus bertanggungjawab kepada masyarakat."
Dr Wan Rizal turut melahirkan kebimbangan tentang keupayaan pengurusan data dan IT pihak madrasah.
Encik Masagos berkata terdapat keperluan untuk menaik taraf keupayaan IT serta tadbir urus dan pengurusan data di (sektor) madrasah dan ia sedang dalam proses dilaksanakan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.