MUIS perketat langkah keselamatan masjid susuli kes kesalahan seksual libatkan remaja
Anggaran Waktu Membaca:
- MUIS memperketat langkah keselamatan di masjid Singapura, termasuk rondaan dan pemantauan CCTV, selepas kesalahan seksual serius melibatkan belia.
- MUIS menegaskan tertuduh bukan kakitangan, sukarelawan, atau asatizah yang diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).
- Masyarakat digalakkan mendapatkan bimbingan agama hanya daripada asatizah yang diiktiraf ARS untuk memastikan piawaian profesional dan keselamatan.
- MUIS juga memperkukuh perlindungan di ruang online dan menyeru semua pihak membantu golongan muda mengenal pasti sumber yang dipercayai serta berani bersuara jika berlaku perkara mencurigakan.
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan memperketat langkah keselamatan di masjid, termasuk rondaan dan pemantauan CCTV, menyusuli kes kesalahan seksual serius melibatkan mangsa belia di premis masjid.
Dalam satu kenyataan pada Isnin (17 Ogos), MUIS mengecam keras kesalahan seksual tersebut dan menegaskan bahawa masjid mesti sentiasa menjadi ruang yang selamat dan dipercayai, terutama bagi kanak-kanak dan golongan muda.
MUIS menjelaskan bahawa tertuduh bukan kakitangan atau sukarelawan masjid.
Dia juga bukan asatizah yang diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).
"Keselamatan para pengunjung masjid kami adalah keutamaan," menurut jurucakap MUIS.
Menyusuli kes tersebut, MUIS menyatakan ia akan memperkukuh langkah keselamatan sedia ada, termasuk rondaan dan pemantauan CCTV, bagi memastikan masjid kekal selamat untuk semua.
RUJUK ASATIZAH YANG DIIKTIRAF ARS
MUIS turut menggalakkan masyarakat Islam supaya mendapatkan bimbingan, sama ada secara online atau bersemuka, daripada asatizah yang diiktiraf di bawah ARS.
Asatizah yang mendapat pengiktirafan ARS memenuhi piawaian latihan dan etika profesional yang ditetapkan.
Orang ramai boleh menyemak sama ada seseorang asatizah mempunyai pengiktirafan ARS menerusi direktori ARS online di laman MUIS.
MUIS menegaskan bahawa individu yang kelihatan atau menampilkan diri sebagai seorang yang berpengetahuan agama tidak seharusnya secara automatik dianggap sebagai guru agama yang berkelayakan.
KESELAMATAN DI RUANG ONLINE
Menurut MUIS, usaha melindungi golongan muda juga perlu melangkaui kawasan masjid memandangkan semakin banyak kegiatan dan interaksi berkaitan agama berlangsung online.
Ibu bapa, pemimpin masjid, asatizah dan masyarakat secara keseluruhannya mempunyai peranan penting dalam membantu golongan muda mengenal pasti sumber yang dipercayai dan berinteraksi dengan selamat online.
Mereka juga perlu membantu golongan muda supaya berani bersuara apabila berdepan sesuatu yang dirasakan tidak betul atau mencurigakan.
MUIS menyatakan ia akan terus memperkukuh langkah perlindungan, baik di masjid mahupun dalam ruang online, serta bekerjasama dengan masyarakat bagi memastikan golongan muda sentiasa selamat dan mendapat sokongan.
Ia turut menegaskan komitmennya untuk memastikan masjid kekal sebagai ruang yang selamat, dipercayai dan mengalu-alukan semua.

Sumber : BERITA Mediacorp/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.