Skip to main content

Singapura

MUIS pantau rapat keselamatan pelajar SG di Timur Tengah

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS pantau rapat keselamatan pelajar SG di Timur Tengah

MUIS pantau rapat keselamatan pelajar SG di Timur Tengah. (Gambar: MUIS/Facebook)

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang memantau dengan teliti perkembangan semasa di Timur Tengah berikutan ketegangan yang semakin memuncak di rantau tersebut, khususnya demi menjamin keselamatan para pelajar Singapura yang sedang menuntut di sana.

Dalam satu catatan di Facebook hari ini (16 Jun), MUIS memaklumkan bahawa pihaknya bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri (MFA) serta Konsulat-Jeneral Kehormat Republik Singapura di Amman, Jordan.

“MUIS sedang memantau keadaan dengan teliti dan berkomunikasi rapat dengan Kementerian Ehwal Luar dan Konsulat-Jeneral Kehormat Republik Singapura di Amman yang menjaga kepentingan Rakyat Singapura yang melawat, tinggal dan bekerja di sana,” menurut kenyataan itu.

Related article image
MUIS memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan MFA, dan Konsulat-Jeneral Kehormat Republik SG di Amman, Jordan dalam satu catatan Facebook pada Isnin (16 Jun). (Gambar: MUIS/Facebook)

MUIS turut memaklumkan bahawa Pegawai Perhubungan Pelajar (SLO) yang berpangkalan di Kaherah, Mesir dan Jeddah, Arab Saudi, juga giat berhubung dengan badan pelajar Singapura di Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Kuwait.

Mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan sokongan dan nasihat yang sesuai berdasarkan keadaan semasa.

“Kami memahami bahawa ini adalah masa yang mencemaskan bagi ibu bapa dan orang tersayang. Ketahuilah bahawa kami sentiasa berhubung rapat dengan agensi berkaitan dan melakukan yang terbaik demi menjaga kebajikan pelajar-pelajar kita,” kata MUIS.

Ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan boleh menghubungi MUIS di talian 6359 1199 atau emel ke info [at] muis.gov.sg.

MUIS turut menyeru masyarakat untuk sama-sama mendoakan keselamatan pelajar-pelajar Singapura serta keamanan di Timur Tengah.

“Marilah kita terus berdoa untuk keselamatan para pelajar kita dan keamanan di rantau Timur Tengah,” kata kenyataan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita