Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS pandang serius, tidak akan bertolak ansur sebarang perbuatan pecah amanah

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memandang serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perbuatan pecah amanah wang masjid.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS pandang serius, tidak akan bertolak ansur sebarang perbuatan pecah amanah

Logo Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memandang serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perbuatan pecah amanah wang masjid.

Demikian ditegaskan badan tersebut dalam satu kenyataan medianya hari ini (7 Ogos) sebagai mengulas kes bekas pegawai pembangunan masyarakat di Masjid Assyakirin, Nurul Jannah Md Latiff, yang mengaku bersalah menggelapkan wang derma masjid sebanyak S$21,000.

Masjid Assyakirin mengesan berlaku penyelewengan dana masjid pada Oktober tahun lalu dan segera melakukan siasatan dalaman.

Selepas berunding dengan MUIS, masjid itu melaporkan perkara tersebut kepada polis pada 18 November 2019 untuk siasatan lanjut.

Hari ini, wanita berusia 28 tahun itu dijatuhi hukuman penjara lapan minggu atas kesalahan pecah amanah jenayah.

"Terdapat dasar-dasar dan prosedur-prosedur yang dilaksanakan bagi memastikan tadbir urus baik di masjid-masjid, dan MUIS menyemak langkah-langkah ini secara berterusan bagi memenuhi piawai kawal selia dan penanda aras.

"Dasar-dasar dan prosedur-prosedur ini penting bagi menegakkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi agama kita," jelas MUIS.

LATIHAN PERATURAN KEWANGAN MASJID

MUIS juga mendedahkan latihan ulang mengenai Peraturan Kewangan Masjid (MFR) dijalankan sejak beberapa tahun lalu bagi kakitangan masjid dan anggota lembaga pengurusan masjid.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya pengurusan kewangan yang baik.

"MUIS juga sudah melaksanakan audit-audit bebas secara tetap bagi semua masjid bagi memastikan ia memenuhi tuntutan MFR," jelasnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan