Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS, Masjid Muhajirin jalankan latihan simulasi serangan pengganas

Satu lagi simulasi serangan pengganas dijalankan hari ini (27 Nov) di Masjid Muhajirin dan bangunan Majlis Ugama Islam Singapura. Ini merupakan latihan seumpama itu yang kedua dijalankan dalam tempoh tiga hari.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS, Masjid Muhajirin jalankan latihan simulasi serangan pengganas

Latihan simulasi serangan pengganas pada 27 Nov di pekarangan MUIS dan Masjid Muhajirin (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Satu lagi simulasi serangan pengganas dijalankan hari ini (27 Nov) di Masjid Muhajirin dan bangunan Majlis Ugama Islam Singapura. Ini merupakan latihan kedua seumpama itu yang dijalankan dalam tempoh tiga hari.

Latihan itu dijalankan dengan kerjasama Pasukan Polis Singapura (27 Nov). MUIS mengesahkan demikian sebagai menjawab pertanyaan BERITAmediacorp.

Pada Ahad (24 Nov), latihan antipengganasan itu dijalankan di Masjid Sultan.

Dalam kenyataan itu, MUIS juga menekankan bahawa langkah-langkah sudah diambil demi memastikan kesucian dewan solat masjid dipelihara dan dihormati semasa menjalankan simulasi serangan pengganas di kedua-dua masjid.

Ini di samping menjalankan simulasi tersebut seakan-akan senario serangan sebenar.

MUIS menambah langkah-langkah juga diambil bagi memastikan dewan solat masjid dibersihkan sejurus selesai latihan-latihan tersebut.

Latihan antipengganasan Latihan Heartbeat di Masjid Sultan dijalankan selepas waktu solat Isyak, dengan kerjasama Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Ia melibatkan simulasi serangan-serangan pengganas di rumah-rumah ibadat, termasuk masjid.

Latihan itu bertujuan menguji perancangan di luar jangkaan serta kesediaan kecemasan di institusi-institusi agama di Singapura.

Sebagai sebahagian daripada rangka kerja SGSecure, pertubuhan-pertubuhan agama sering menyemak semula tahap kesediaan keselamatan dan kecemasan di tempat-tempat ibadat di merata negara, menurut kenyataan itu lagi.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif negara untuk mempersiap Singapura sekiranya berlaku serangan pengganas.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan