MUIS manfaat kepakaran ilmuwan antarabangsa perkukuh kemampanan wakaf SG
Para cendekiawan antarabangsa bersama barisan pengurusan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). (Gambar: MUIS)
- MUIS brought together Islamic scholars from Egypt, Morocco and Saudi Arabia, along with about 70 local participants, at the 2026 Waqf Research Seminar at Crowne Plaza Changi Airport on 25 November.
- Discussions examined land shortages, increasingly shorter leases, the maintenance of heritage properties and changing beneficiary needs, alongside Islamic principles, ijtihad, istibdal and property development.
- MUIS shared Singapore’s experience, including a 1997 fatwa on the sale of waqf land, the consolidation of properties through Wakaf Ilmu in 2015, and rental funds for asset preservation.
- The seminar’s outcomes support research by the MUIS Fatwa Lab to develop guidance that balances financial sustainability with religious and social objectives; the findings also help MUIS and Warees Investments review governance and long-term management.
- MUIS menghimpunkan ilmuwan Islam dari Mesir, Maghribi dan Arab Saudi serta kira-kira 70 peserta tempatan dalam Seminar Penyelidikan Wakaf 2026 di Crowne Plaza Changi Airport pada 25 November.
- Perbincangan meneliti kekurangan tanah, pajakan yang semakin singkat, penyelenggaraan hartanah warisan dan perubahan keperluan penerima manfaat, bersama prinsip Islam, ijtihad, istibdal serta pembangunan hartanah.
- MUIS berkongsi pengalaman Singapura, termasuk fatwa 1997 tentang penjualan tanah wakaf, penyatuan hartanah melalui Wakaf Ilmu pada 2015 dan dana sewa untuk pemeliharaan aset.
- Hasil seminar menyokong penyelidikan Makmal Fatwa MUIS bagi panduan yang mengimbangi kemampanan kewangan dengan tujuan agama dan sosial; dapatan turut membantu MUIS dan Warees Investments menyemak tadbir urus serta pengurusan jangka panjang.
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mendapatkan pandangan ilmuwan Islam antarabangsa bagi memperkukuh pengurusan aset wakaf di negara ini agar ia kekal mampan dan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Usaha itu turut menyokong penyelidikan MUIS bagi membentuk panduan agama dalam pengurusan wakaf, dengan mengambil kira cabaran dan keperluan semasa Singapura.
Kekurangan tanah, baki tempoh pajakan yang semakin singkat, penyelenggaraan hartanah warisan serta perubahan keperluan penerima manfaat merupakan antara cabaran dalam memelihara nilai dan manfaat aset wakaf dalam jangka panjang.
Bagi meneliti isu-isu itu, MUIS menghimpunkan para ilmuwan Islam antarabangsa dan pakar tempatan dalam Seminar Penyelidikan Wakaf 2026 pada Rabu (25 Nov).
Seminar tertutup di Crowne Plaza Changi Airport itu disertai para ilmuwan dari Mesir, Maghribi dan Arab Saudi serta sekitar 70 peserta tempatan.
Hasil perbincangan mereka akan menyumbang kepada penyelidikan yang sedang dijalankan MUIS.
TELITI PRINSIP ISLAM, PENGALAMAN NEGARA LAIN
Antara yang dibincangkan ialah bagaimana prinsip Islam seperti kepentingan umum dan adat serta amalan semasa boleh digunakan dalam pengurusan wakaf.
Seminar itu juga meneliti peranan ijtihad, iaitu pertimbangan undang-undang secara bebas dalam membangunkan pendekatan yang mengekalkan tujuan wakaf sambil mengambil kira keadaan semasa.
Selain itu, para peserta membincangkan prinsip agama yang mendasari pengurusan wakaf, penggantian aset wakaf atau istibdal, pembangunan hartanah serta cara memenuhi keperluan penerima manfaat yang berubah.
MUIS turut berkongsi pengalaman Singapura menyesuaikan pengurusan wakaf menerusi fatwa sedia ada.
Ini termasuk fatwa mengenai penjualan tanah wakaf pada 1997, penyatuan hartanah wakaf di bawah Wakaf Ilmu pada 2015 serta penubuhan dana terkumpul daripada hasil sewa wakaf bagi tujuan pemeliharaan aset.
Menurut MUIS, pertukaran pandangan itu membolehkan para peserta mempelajari pendekatan berbeza dalam tadbir urus dan pengurusan wakaf, sambil mengambil kira perbezaan konteks undang-undang, peraturan dan sosial.
SOKONG PENYELIDIKAN MAKMAL FATWA MUIS
Hasil perbincangan seminar itu akan menyumbang kepada penyelidikan Makmal Fatwa MUIS mengenai panduan agama berasaskan prinsip untuk pengurusan wakaf.
Penyelidikan tersebut akan meneliti bagaimana aset wakaf boleh kekal mampan dari segi kewangan, di samping terus memenuhi tujuan asalnya dari sudut agama dan sosial, dengan mengambil kira keadaan Singapura.
Dapatan itu juga akan memberi perspektif kepada MUIS dan Warees Investments dalam menyemak pendekatan tadbir urus, pemeliharaan aset dan kemampanan wakaf jangka panjang.
Sehari sebelum seminar itu, para ilmuwan antarabangsa turut mengunjungi Warees Investments dan beberapa hartanah wakaf untuk mengenali amalan pengurusan serta pembangunan semula wakaf di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.