Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS mahu gunakan kaedah digital untuk tingkatkan ciri keselamatan sijil Halal: Masagos

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang mengkaji cara untuk mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan sijil Halal melalui kaedah digital.

Dalam jawapan bertulis di parlimen, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata bahawa usaha itu akan dapat memudahkan orang ramai untuk mengesahkan ketulenan sijil Halal.

Encik Masagos menjawab soalan yang diajukan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim tentang pertimbangan untuk membangunkan satu sistem yang sama dengan portal Perintah Mahkamah Autentik (ACO).

Portal itu dapat mengesahkan ketulenan semua perintah mahkamah yang dikeluarkan dengan segera.

Ini bagi mencegah pemalsuan sijil halal yang dikeluarkan oleh MUIS.

Menurut Encik Masagos, buat masa ini orang ramai boleh mengesahkan ketulenan sijil Halal dengan menyemak senarai tempat makan yang disahkan Halal, di laman web MUIS atau aplikasi MuslimSG.

Dalam pada itu, beliau juga mendedahkan bahawa MUIS sudah merancakkan usaha pendidikan masyarakat menerusi wadah media sosial mengenai ciri-ciri penting yang terdapat di sijil-sjil Halal bagi mengesahkan ketulenannya.

Orang ramai yang ingin melaporkan sijil-sijil Halal yang mencurigakan, boleh menghubungi MUIS di 6359 1199 atau menerusi emel di info [at] muis.gov.sg.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan