Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS lantik Majlis Tertinggi ke-19; sambut 10 anggota baru

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)  hari ini (19 Ogos) menyambut 10 anggota dari pelbagai latar belakang dan kemahiran.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)  hari ini (19 Ogos) menyambut 10 anggota dari pelbagai latar belakang dan kemahiran.

Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan MUIS untuk menyokong pembangunan sektor keagamaan yang mampan serta  keperluan sosio-agama masyarakat Muslim di Singapura.

Demikian diumumkan MUIS menerusi kenyataan media pada hari ini.

Selain Presiden MUIS, Ketua Eksekutifnya dan Mufti Negara, Majlis Tertinggi MUIS terdiri daripada anggota yang disarankan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam serta individu-individu yang dicalonkan oleh pelbagai pertubuhan Islam tempatan.

Para anggota Majlis Tertinggi MUIS dilantik oleh Presiden Singapura Halimah Yacob dan akan berkhidmat selama penggal tiga tahun, berkuat kuasa 7 Ogos 2022.

Majlis Tertinggi MUIS yang ke-19 terdiri daripada para pemimpin kanan dan baru dengan pelbagai latar belakang dalam sektor pendidikan, perkhidmatan awam, korporat, keagamaan dan sosial.

Encik Masagos berkata pelantikan Majlis Tertinggi ke-19 menggariskan kepentingan MUIS sebagai pertubuhan yang memandang ke hadapan. 

"Sebagai badan yang bertanggungjawab bagi  keputusan menyeluruh MUIS berhubung  pembentukan dasar-dasar agama dan rancangan operasi, Majlis Tertinggi itu memainkan peranan penting dalam memastikan keperluan sosio-agama masyarakat kita dijaga.

"Untuk mencapai matlamat ini, sebuah kepimpinan yang menggabungkan kebijaksanaan anggota berpengalaman dan semangat anggota baru adalah perlu. Saya yakin Majlis Tertinggi baru ini dapat menyumbang sepenuhnya dan menawarkan bimbingan mengenai pelbagai isu untuk membawa  MUIS ke hadapan."

Ketua Eksekutif Muis Encik Kadir Maideen pula berkata Majlis Tertinggi ke-19 MUIS akan menawarkan perspektif lebih holistik apabila membincangkan pelbagai isu.

"MUIS sentiasa melihat pada peluang untuk mengembangkan Majlis Tertinggi ini dengan anggota-anggota yang mempunyai pengetahuan dan pandangan yang khusus. Ini adalah untuk lebih memahami dan menangani isu-isu yang dihadapi masyarakat sekarang dan pada masa hadapan. Majlis Tertinggi MUIS ke-19 menawarkan kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan yang akan memberi manfaat kepada MUIS dan masyarakat," kata Encik Kadir.

Seramai tujuh ahli dilantik semula.

10 anggota baru yang dilantik adalah:-

Nur Liyana Mohamed Sinwan, Rakan Sekutu Kanan di K&L Gates Straits Law LLC;  Azriman Mansor, Pengawal Kewangan Kumpulan di Times Publishing Limited; Mohamed Ismail s/o Abdul Gafoor, CEO & Pengerusi PropNex Limited; Sultan Mohamed Ghouse, Pengurus HR, Mohamed Mustafa & Samsuddin Co Pte Ltd; Ustaz Muhammad Ishalaahuddin Jumat, Naib Presiden 1 Muhammadiyah; Wasim Abdul Majeed, Pengarah Urusan Esmail & Ahmed Brothers (1922) Pte Ltd; Zarina Begam Binte Abdul Razak, Pengarah urusan Bio Dew Management International & Institute (BDMI); Ustazah Kalthom Muhammad Isa, Pendaftar Darul Arqam dan Naib Presiden Pergas; D'Cruz Firdaus Lionel Wilfred,  Naib Presiden II Pertapis; Dr Nurhidayati Mohamed Suphan, Doktor Perubatan, Pacific Surgical and Endoscopy Centre

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan