Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS lantik Khairul Anwar sebagai Timbalan Ketua Eksekutif

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS lantik Khairul Anwar sebagai Timbalan Ketua Eksekutif

(Gambar: MUIS)

Diterbitkan : 09 Apr 2023 05:16PM Dikemas Kini : 09 Apr 2023 10:52PM

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) melantik Encik Khairul Anwar Mohamed Abdul Alim sebagai Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) yang baru.

Ini bermakna MUIS terus mempunyai dua DCE, dengan seorang lagi DCE ialah Dr Albakri Ahmad.

MUIS mengumumkan demikian menerusi catatannya di laman Facebook baru-baru ini.

Sebagai DCE MUIS, Encik Khairul, 39 tahun, menyelia pembangunan pendidikan agama, yang terdiri daripada enam madrasah sepenuh masa dan program separuh masa aLIVE dan ADIL bagi kanak-kanak, belia dan dewasa di masjid-masjid tempatan.

(Gambar: MUIS)

Beliau juga mengendalikan sektor masjid dalam dasar, urus tadbir dan pembangunan prasarananya, selain memimpin dan memberi panduan berhubung urusan zakat dan wakaf, menurut MUIS.

"Dalam beberapa minggu sejak Encik Khairul berkhidmat dengan kami, beliau diberi peluang mendampingi masjid-masjid berhubung pelbagai isu.

"Sedang kami menyambut bulan Ramadan, beliau sudah bertemu dengan pelbagai relawan masjid dan kakitangan di lapangan.

(Gambar: MUIS)
"Khususnya, beliau sedang mendampingi isu bagaimana rakan-rakan kongsi dapat bekerjasama dengan masjid-masjid demi berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik lagi," jelas MUIS dalam catatannya.

MUIS juga mengalu-alukan pengawasan Encik Khairul dalam menyokong serta memenuhi keperluan dan kepentingan masyarakat Islam di Singapura.

SIAPA KHAIRUL ANWAR?

Sebelum memegang jawatan DCE di MUIS, Encik Khairul menggalas tanggungjawab dalam bahagian teknikal dan pucuk pimpinan di Enterprise Singapore (yang sebelum ini dikenali sebagai International Enterprise Singapore).

Beliau juga menyelia pelan dalaman perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (SME) di Timur Tengah dan Afrika, bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan pemerintah asing berhubung kolaborasi pembangunan projek prasarana Singapura.

Beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Pengarah bagi Asia Tenggara.

Encik Khairul juga pernah dipinjamkan ke Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), di mana beliau melakar pelan induk bagi Daerah Tasik Jurong.

Beliau juga menerajui Jawatankuasa Eksekutif Kelab Mendaki ke-9 sebagai Presiden dari 2017 hingga 2020 dan kini seorang pengarah di Yayasan Diwan, yang menyokong kependetaan Islam di Universiti Cornell.

Encik Khairul menggenggam ijazah sarjana dalam jurusan Reka Bentuk Bandar dan Sains Kemasyarakatan dari Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London, serta ijazah sarjana muda dalam Pengajian Bandar dan Daerah dari Universiti Cornell.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan